Skip to main content

Malaysia

Mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit ditemukan

Operasi SAR mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, berakhir pada Selasa selepas mayat lelaki berkenaan ditemukan pada hari kesembilan. - Gambar Sinar Harian
Operasi SAR mangsa terakhir tragedi kepala air Sungai Luit, berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak, berakhir pada Selasa selepas mayat lelaki berkenaan ditemukan pada hari kesembilan. - Gambar Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Mangsa terakhir tragedi kepala air di Sungai Luit berhampiran Tapak Berkelah Sungai Pertak di Kuala Kubu Bharu ditemukan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata mayat mangsa lelaki itu ditemukan anggota pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu di Sektor C, iaitu kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi awal mangsa dilaporkan terjatuh.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 10.30 pagi tadi.

Advertisement

"Dengan penemuan mangsa kelapan ini, kesemua mangsa yang hilang telah ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan secara rasmi," katanya dalam laporan ringkasan operasi yang dikongsikan kepada media di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang pada 9 Nov lepas, lapan lelaki dihanyutkan arus deras susulan tragedi kepala air di Sungai Luit.

Advertisement

Kesemua mangsa yang terkorban dalam tragedi itu terdiri daripada seorang warga tempatan dan tujuh warga asing dari Yaman, Sri Lanka, Nepal serta India.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement