awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia intai kerjasama dengan Malaysia dalam pembangunan semikonduktor generasi baharu
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belum ada kesan daripada Taufan Sandy

Bernama
Bernama
17/11/2012
08:58 MYT
Belum ada kesan daripada Taufan Sandy
Ekonomi Malaysia belum merasai kesan Taufan Sandy, yang mengakibatkan kemusnahan besar-besaran di AS, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata, kementeriannya belum menerima sebarang laporan mengenai kesan Taufan Sandy terhadap ekonomi Malaysia.
Bagaimanapun, katanya, Malaysia akan memantau situasi itu dengan teliti kerana mungkin ada sedikit kesan terhadap eksport.
"Kita masih dalam proses mengumpul maklumat daripada syarikat-syarikat yang kita tahu ada dagangan dengan Pantai Timur AS," katanya dalam satu wawancara.
Beliau berkata tsunami yang melanda Jepun pada 2011 dan bencana nuklear Fukushima memang memberi sedikit kesan ke atas Asean.
"Selepas pengalaman 2011 itu, kita perlu memantau dan mengkaji situasi di AS ini, untuk memastikan kita bersedia untuk menghadapi sebarang senario," tegas beliau.
Dilaporkan bahawa kerugian ke atas ekonomi yang dialami akibat Taufan Sandy dijangka melebihi US$20 bilion setelah ribut taufan Atlantik terbesar itu merempuh kawasan timur AS, serta memusnahkan rumah dan pejabat, dan menenggelami laluan bawah tanah bandar yang paling ramai penduduknya di Amerika itu.
Topic Berkaitan
#AS
#ekonomi
#Malaysia
#Mukhriz
#Sandy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan