Padiberas Nasional Bhd (Bernas) komited untuk tetap membeli hasil padi di Kelantan tanpa mengira kualiti padi susulan perubahan cuaca termasuk kejadian banjir di negeri Pantai Timur, kata firma itu dalam satu kenyataan.
“Bernas selaku pembeli akhir, kami komited terhadap tanggungjawab kami. Disebabkan perubahan cuaca dan banjir di Pantai Timur, Bernas kini merupakan satu-satunya kilang pemprosesan beras di Kelantan, di mana industri itu merupakan aktiviti utama negeri berkenaan.
“Bernas masih membeli padi yang terjejas akibat banjir walaupun keadaan padi tersebut telah jatuh mutu, tiada nilai komersial dan perlu diasingkan. Malah, ada padi yang dibeli Bernas, setelah diproses menjadi beras masih tidak sesuai di makan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menjawab dakwaan Pertubuhan Peladang Kawasan Kelantan bahawa Bernas memotong sehingga 50 peratus hasil padi.
Pada Rabu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pihak kementerian akan menyiasat dakwaan tersebut namun menafikan potongan itu melibatkan keseluruhan petani.
“Petani yang terjejas akibat banjir serta mendapat potongan pemutuan melebihi 50 peratus di Kelantan adalah seramai 100 orang sahaja dengan berat sebanyak 65.1 tan metric bersamaa 0.11 peratus,
“Manakala di Terengganu, petani yang terjejas serta mendapat potongan pemutuan melebihi 50 peratus adalah seramai 23 orang iaitu bersamaan 11 tan metrik bersamaan 0.08 peratus sahaja, menurut kenyataan itu.
Bernas mematuhi proses penetapan harga dan pemutuan padi yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.
BACA: Dakwaan potongan hasil padi sehingga 50% disiasat
“Proses pemutuan disemak dan penyesuaian dilakukan pada asas 6 bulan sekali untuk mengekalkan dan memenuhi kawalan kualiti ketat,” menurut Bernas sambil menafikan tuduhan bahawa potongan 50 peratus hasil padi melibatkan 40 ribu petani.
Menurut Bernas terdapat hanya 9,397 petani berdaftar di Kelantan dan 5,254 di Terangganu.
Sehingga 13 Disember 2017, status tuaian padi di Kelantan mencapai 70 peratus iaitu bersamaan 58,351 tan metric, manakala di Terengganu, status tuaian mencapai 48 peratus, bersamaan 12,639 tan metrik.
Najib Aroff
Fri Dec 15 2017

Bernas tetap membeli padi dari pesawah di Kelantan walaupun tidak berkualiti kesan banjir yang melanda. - foto AstroAWANI
Tumpuan Sabtu – 17 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mei 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Mei 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

JKDM tumpas sindiket, rampas dadah bernilai RM13 juta
JKDM menumpaskan sindiket pengedaran dadah melibatkan rampasan dadah pelbagai jenis seberat 145kg bernilai kira-kira RM13 juta susulan beberapa serbuan berasingan dalam tempoh dua bulan ini.

MCMC siasat hantaran sentuh sensitiviti masyarakat etnik Sarawak
MCMC sedang menyiasat seorang pengguna Facebook yang disyaki memuat naik kandungan berunsur perkauman yang berpotensi menjejaskan sensitiviti masyarakat etnik di Sarawak.

Cuepacs cadang penjawat awam diberi plilihan bayaran persaraan secara bulanan atau sekali gus
Cuepacs mencadangkan kerajaan agar memberi pilihan kepada penjawat awam bagi Lantikan Tetap Bercarum di bawah SSPA untuk menerima bayaran persaraan secara bulanan atau sekali gus.

KSSA mercu tanda pembangunan inklusif, berdaya tahan Selangor
Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) bakal menjadi lebih daripada sekadar kemudahan sukan apabila ia dibangunkan sebagai ruang inklusif dan dinamik.

PH perlu perkukuh sokongan Melayu hadapi PRU16 - Nik Nazmi
Antara cabaran utama menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) ialah usaha memperkukuh semula sokongan dalam kalangan pengundi Melayu.

Digitalisasi: Dunia Islam harus proaktif, bangunkan penyelesaian sesuai keperluan - PM Anwar
Dunia Islam perlu menjadi proaktif dalam membangunkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan masyarakat.

Selangor rangka pelan induk air, tangani isu berbangkit secara holistik - Amirudin
Selangor ketika ini sedang merangka pelan induk air bagi menangani isu berkaitan bekalan air jangka panjang, pencemaran serta penyelesaian masalah banjir di kawasan tertentu.

Mangsa banjir di Sabah kekal 695 orang
Sebanyak 325 mangsa daripada 103 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di daerah Sook.

Selangor kenal pasti 17 projek kadar segera atasi banjir di Klang - Exco
Datuk Izham Hashim berkata projek berkenaan akan dilaksanakan di 13 kawasan berisiko banjir yang telah dikenal pasti antaranya di Meru dan Pandamaran.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 1,627 orang
Seramai 1,268 orang daripada 377 keluarga di Sook masih berlindung di empat PPS.

Darurat diisytihar di beberapa bahagian di New Zealand akibat cuaca buruk
Menteri Pengurusan Kecemasan dan Pemulihan, Mark Mitchell mengumumkan bahawa bandar Christchurch diisytihar darurat pada sidang media petang Khamis.

Kolam takungan pelbagai guna bantu tangani masalah banjir - Fadillah
Katanya, ia bukan sahaja akan menakung jumlah air hujan yang banyak, tetapi digunakan sebagai simpanan apabila musim kemarau.

95 peratus bencana di Indonesia berpunca dari faktor hidrometeorologi
Amaran itu dikeluarkan ketika Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan 2024 sebagai tahun paling panas pernah direkodkan.

Banjir: Penduduk Jalan Kubu Gajah 24 risau jika hujan berterusan
Wan Hazirah berkata, kira-kira jam 5 pagi tadi dia terdengar bunyi hon yang kuat sebagai amaran hujan lebat di kawasan berkenaan.

Banjir kilat: Kolam tadahan pecah, 35 rumah di Saujana Utama terjejas
Menurut Komander Operasi, banjir berkedalaman kira-kira satu kaki itu menjejaskan anggaran 35 buah rumah namun tiada pemindahan setakat ini.

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.