KUALA LUMPUR: Pengeluaran dan jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk separuh pertama 2023, masing-masing meningkat 17 peratus dan 13.6 peratus.
Dalam satu kenyataan, Perodua berkata pengeluaran syarikat meningkat kepada 153,813 kenderaan dalam tempoh enam bulan pertama 2023 berbanding 131,641 unit dalam tempoh sama pada 2022.
Pencapaian pengeluaran itu meningkat 13.6 peratus kepada 144,690 kenderaan bagi separuh pertama 2023 berbanding 127,343 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.
Bezza merupakan model terlaris Perodua setakat tahun ini dengan jumlah yang didaftarkan antara Januari dan Jun adalah sebanyak 40,555 unit, diikuti Perodua Myvi sebanyak 32,319 unit dan Perodua Axia 28,199 unit.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi pada separuh pertama 2023 disumbangkan oleh bekalan komponen yang mencukupi serta peningkatan kecekapan pengeluaran di kilang.
"Perodua telah bersedia untuk memenuhi kedua-dua sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 dan jualan 314,000 yang ditetapkan untuk tahun ini kerana kami akan menambah baik lagi kecekapan operasi.
"Antara penambahbaikan ketara yang kami lakukan termasuk catatan 'tact time' yang lebih pantas (masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah kenderaan) daripada 1.35 minit kepada 1.25 minit di kilang Perodua Global Manufacturing (PGMSB) kami," katanya.
Bagi perbandingan suku ke suku, Perodua mengeluarkan 69,013 kenderaan pada suku kedua 2023, peningkatan sebanyak satu peratus daripada 68,316 pada tempoh yang sama tahun lepas.
Sementara itu, Perodua merekodkan jualan 66,126 unit pada suku kedua 2023 berbanding 65,719 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Bergerak ke hadapan, beliau berkata Perodua menjangkakan kedua-dua pengeluaran dan jualan terus meningkat berikutan permintaan untuk kenderaan syarikat yang kekal kukuh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Bezza merupakan model terlaris Perodua setakat tahun ini dengan jumlah yang didaftarkan antara Januari dan Jun adalah sebanyak 40,555 unit, diikuti Perodua Myvi sebanyak 32,319 unit dan Perodua Axia 28,199 unit. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.
Dua individu termasuk remaja bawah umur mengaku tidak bersalah lakukan khianat
Dua individu termasuk seorang remaja bawah umur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api bulan lepas.
Wanita maut, dua cedera parah kemalangan babitkan tiga kereta
Seorang wanita maut manakala dua penumpang kereta dipandunya cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta berhampiran sebuah kedai keropok losong di Jalan Kadok, Ketereh.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
MITI bantu Perodua keluarkan EV pertama Malaysia berharga bawah RM100,000
MITI akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
Polis tahan pengangggur, rampas lebih 60 kg bernilai RM203,632
Polis menahan seorang penganggur dan merampas ganja seberat 65.6 kilogram (kg) dianggar bernilai RM203,632 dalam dua serbuan di kondominium di Cheras dan Segambut, Khamis lepas.
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.