Syarikat perkhidmatan teksi, Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd (Big Blue) dijangka menggunakan teksi elektrik mulai Julai atau Ogos ini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsubahrin Ismail berkata sebagai permulaan, 100 unit kenderaan itu akan digunakan selepas pelancarannya nanti.
Katanya teksi elektrik itu sepatutnya dilancarkan pada Mei, namun terpaksa dilanjutkan berikutan beberapa proses yang perlu dipatuhi sebelum diluluskan pihak berkaitan.
"Atas beberapa faktor teknikal seperti proses mendapatkan Sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), kami terpaksa membuat koordinasi antara pencipta (teksi), pengeluar dan kerajaan dan ia mengambil masa.
"Kami juga dalam usaha menandatangani kontrak dengan syarikat tempatan, untuk proses pemasangan kenderaan ini (teksi elektrik), jika berjaya kami jangka bagi pengeluaran pertama sebanyak 5,000 unit teksi," katanya pada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pemandu teksi Big Blue di sini, pada Ahad.
Pada majlis itu, Shamsubahrin turut memperkenalkan sistem kaunter layan diri Big Blue Teksi, bagi memudahkan pengguna menempah perkhidmatan teksi itu.
Beliau berkata kaunter berkenaan akan diletakkan di kawasan tumpuan awam termasuk di hotel, kawasan pelancongan dan Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA).
Perbincangan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad Malaysia (MAHB) sedang dilakukan untuk mewujudkan kawasan khas kaunter itu di KLIA dengan cadangan pemasangan antara 100 dan 200 unit kaunter di situ, katanya.
Sementara itu, Shamsubahrin mengumumkan pelantikan bekas Pengarah PEUGEOT India, Shashikant Vaidyanathan sebagai CEO yang baharu berkuatkuasa pada 1 Jun ini bagi menggantikan beliau.
"Pengalaman luas Shashi (Shashikant) dalam bidang ini, akan menerajui Big Blue ke tahap yang lebih maju dan selepas ini saya hanya menjadi penasihat kepada syarikat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2019
SHAMSUBAHRIN: "Kami juga dalam usaha menandatangani kontrak dengan syarikat tempatan, untuk proses pemasangan teksi elektrik ini." - Gambar fail/
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Big Blue jangka guna teksi elektrik Julai atau Ogos ini
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsubahrin Ismail berkata sebagai permulaan, 100 unit kenderaan itu akan digunakan selepas pelancarannya nanti.