KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada mesyuarat dasar monetarinya yang pertama bagi 2023, langkah yang telah dijangkakan oleh kebanyakan ahli ekonomi dan firma penyelidikan.
Bank pusat menamatkan mesyuarat selama dua hari yang bermula 18 Jan dengan memutuskan untuk mengekalkan OPR pada 2.75 peratus untuk membolehkan ia menilai kesan kumulatif pelarasan OPR yang lalu berikutan kesan lewat dasar monetari ke atas ekonomi.
Dalam soalan lazim mengenai dasar yang dikongsinya selaras dengan pengumuman OPR semalam, bank pusat berkata penting untuk melaksanakan dasar yang betul pada masa yang tepat.
"Kami mula membuat pelarasan pada OPR secara beransur-ansur apabila ekonomi bertambah baik. Tindakan ini sama seperti doktor yang perlu menyesuaikan dos ubat mengikut keadaan pesakit.
"Jika kami mengekalkan OPR terlalu rendah untuk tempoh yang terlalu lama walaupun ekonomi semakin pulih, hal ini boleh menyebabkan perbelanjaan dan peminjaman yang terlalu banyak. Keadaan ini seterusnya menyebabkan harga meningkat," katanya.
BNM mengurangkan OPR daripada 3.00 peratus kepada paras terendah yang pernah dicatatkan iaitu 1.75 peratus semasa krisis COVID-19 pada 2020
Kadar faedah yang lebih rendah ini menyebabkan pinjaman lebih mudah diperoleh bagi menggalakkan perbelanjaan dan bank pusat mengambil tindakan ini untuk meredakan kesan pandemik semasa ekonomi tidak kukuh dan sedang mengalami kemelesetan.
Ia juga berkata pelarasan OPR, yang lazimnya mempengaruhi kadar faedah dalam ekonomi, memberikan kesan pada kegiatan ekonomi dan perubahan tahap harga secara keseluruhan
Apabila BNM menaikkan OPR, kadar faedah yang lebih tinggi bagi simpanan dan pinjaman akan mempengaruhi orang ramai untuk lebih menyimpan dan kurang berbelanja.
Sebagai contoh, apabila permintaan untuk barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi melebihi bekalan yang tersedia, harga barangan akan terus meningkat dan orang ramai akan berbelanja lebih untuk membeli barangan yang mereka ingini.
"OPR yang lebih tinggi akan membantu memperlahankan permintaan ke tahap yang lebih setara dengan bekalan. Keadaan ini dapat membantu mengurangkan tekanan kenaikan harga barangan.
"Keadaan sebaliknya berlaku apabila ia mengurangkan OPR. Kadar faedah yang lebih rendah bagi pinjaman dan simpanan akan menyebabkan orang ramai kurang menyimpan dan lebih berbelanja.
"Hal ini meningkatkan kegiatan ekonomi dan mengelakkan tahap harga keseluruhan dari jatuh disebabkan oleh permintaan yang lemah yang jika tidak dibendung akan menjejaskan ekonomi," kata bank pusat.
OPR instrumen dasar monetari untuk tangani inflasi
BNM juga berkata bahawa penormalan selanjutnya kepada tahap akomodasi dasar monetari akan diketahui menerusi keadaan yang berubah dan implikasinya kepada inflasi domestik dan prospek pertumbuhan.
"Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) akan terus menentukur tetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko kepada inflasi domestik dan pertumbuhan yang mampan," katanya.
Inflasi ialah ukuran perubahan harga barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi bagi sesuatu tempoh dan boleh diukur dengan membandingkan kos barangan pada masa ini dengan kos barangan yang sama pada tahun sebelumnya.
Setiap bulan, Jabatan Perangkaan Malaysia menghimpunkan harga kumpulan lebih 500 barangan daripada kira-kira 21,800 kedai runcit di seluruh negara. Mereka menggunakan kumpulan ini untuk mengira Indeks Harga Pengguna (IHP).
Inflasi diukur dengan membandingkan perubahan IHP untuk suatu tempoh masa
"Mustahak untuk mempunyai inflasi yang rendah dan stabil. Apabila inflasi rendah dan stabil, perubahan purata harga juga adalah stabil dan boleh dijangka.
"Hal ini penting kerana jika harga sentiasa berubah dan sukar dijangka, isi rumah dan perniagaan sukar untuk merancang perbelanjaan, simpanan atau pelaburan. Hal ini seterusnya akan memberikan kesan terhadap kegiatan dan pertumbuhan ekonomi.
"Apabila peningkatan harga tidak terkawal, kuasa beli anda akan terjejas. Inflasi yang tinggi dan tidak menentu menjejaskan semua orang, terutamanya isi rumah yang berpendapatan rendah dan juga mengakibatkan keadaan yang lebih sukar untuk peniaga, yang mungkin berhadapan dengan kos yang lebih tinggi dalam mengeluarkan barangan dan memberikan perkhidmatan serta mungkin menerima hasil jualan yang lebih rendah jika permintaan pengguna terjejas akibat harga yang tinggi," katanya.
Deflasi
Bagaimanapun, harga keseluruhan yang jatuh untuk tempoh yang lama juga tidak bagus untuk ekonomi.
Keadaan ini dikenali sebagai deflasi, yang disebabkan oleh permintaan yang berkurang dengan ketara yang boleh memberikan kesan buruk.
Apabila ini berlaku, banyak individu akan kehilangan pekerjaan dan wujud lebih banyak ketidaktentuan dan tekanan kewangan.
Syarikat perlu menurunkan harga untuk menarik pengguna tetapi orang ramai tidak akan berbelanja kerana kedudukan kewangan mereka yang tidak pasti dan mereka menunggu untuk harga terus turun.
"Sama seperti inflasi yang tinggi, deflasi juga menjejaskan ekonomi," kata BNM.
Mengapa penting untuk mempunyai pertumbuhan yang mampan?
Bank pusat berkata pertumbuhan ekonomi berlaku apabila saiz ekonomi berkembang dari masa ke masa dan saiz sesebuah ekonomi lazimnya diukur oleh jumlah pengeluaran barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi tersebut, yang juga dikenali sebagai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
"Pertumbuhan mampan bermaksud kadar ekonomi yang terus berkembang pada kadar yang stabil untuk suatu tempoh yang lama. Ada sesetengah pihak berpendapat langkah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi melebihi kadar yang mampan merupakan idea yang baik.
"Hal ini ibarat membuat pecutan yang terlalu laju dalam maraton. Anda mungkin berada di hadapan buat sementara waktu tetapi anda juga akan cepat penat dan mungkin tidak dapat menghabiskan larian tersebut.
"Oleh itu, pertumbuhan yang berterusan tanpa menimbulkan masalah lain adalah lebih penting. Kita sudah melihat pertumbuhan yang terlalu tinggi atau yang didorong oleh kredit yang mudah diperoleh boleh menjejaskan ekonomi dengan teruk, contohnya di negara yang menghadapi inflasi yang terlampau tinggi," katanya.
Menurutnya, apabila hal ini berlaku, rakyat yang akan menanggung akibatnya dan menjadi lebih miskin, termasuk generasi akan datang. Pertumbuhan yang mampan dapat mengukuhkan ekonomi daripada mengalami kitaran pesat dan meleset.
"Justeru, kami mengimbangkan sasaran jangka pendek dan jangka panjang dalam dasar kami bagi memastikan pertumbuhan mampan.
Kadangkala, hal ini bermakna BNM perlu berhati-hati untuk tidak melaksanakan dasar yang mungkin memberikan pertumbuhan yang pesat pada masa ini tetapi boleh mengakibatkan ekonomi merudum pada masa hadapan.
"Oleh itu, BNM mengimbangkan sasaran jangka pendek dan jangka panjang dalam dasar kami bagi memastikan pertumbuhan mampan.
"Kadangkala, hal ini bermakna BNM perlu berhati-hati untuk tidak melaksanakan dasar yang mungkin memberikan pertumbuhan yang pesat pada masa ini tetapi boleh mengakibatkan ekonomi merudum pada masa hadapan," kata bank pusat.
Bagaimana MPC menetapkan OPR?
MPC bermesyuarat sekurang-kurangnya enam kali setahun untuk menetapkan dasar monetari. BNM mengumumkan keputusan dasar monetari ini selepas setiap mesyuarat MPC melalui Pernyataan Dasar (Monetari)
Sejak OPR diperkenalkan pada tahun 2004, BNM telah membuat banyak pelarasan pada OPR, iaitu menaikkan dan mengurangkannya mengikut keperluan ekonomi
Paras OPR tertinggi ialah 3.50 peratus pada bulan April 2006. Pada masa itu, ekonomi sedang berkembang dengan stabil, inflasi IHP adalah pada 4.6 peratus dan OPR yang lebih tinggi diperlukan bagi menguruskan risiko harga yang lebih tinggi.
Paras OPR terendah ialah pada 1.75 peratus pada Julai 2020 hingga Mei 2022 bagi menyokong ekonomi semasa pandemik COVID-19
Pada tempoh sukar, kadar faedah yang rendah menyebabkan kos pinjaman lebih rendah dan mengurangkan pulangan atas simpanan. Ini akan merangsang perbelanjaan, meningkatkan pelaburan serta melindungi pekerjaan dan pendapatan semasa krisis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
BNM berkata penting untuk melaksanakan dasar yang betul pada masa yang tepat. - Gambar fail
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.