KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut mandatnya, akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan, kata Penolong Gabenor BNM Adnan Zaylani.
Beliau berkata walaupun nilai ringgit akan terus ditentukan oleh pasaran, bank pusat menjangka langkah-langkah yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk terus mengukuhkan ekonomi akan membantu memastikan ringgit mencerminkan asas negara dengan lebih baik.
"Meskipun ringgit terus dipengaruhi oleh perkembangan global, unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berada pada julat empat hingga lima peratus serta pembaharuan struktur dan usaha penggabungan fiskal oleh kerajaan adalah faktor-faktor penyokong bagi ringgit," kata Adnan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan mesyuarat FMC bagi membincangkan perkembangan terkini pasaran kewangan yang mempengaruhi kadar pertukaran ringgit, beliau berkata ahli-ahli FMC juga membincangkan pemerhatian bahawa syarikat korporat dan pengeksport telah mengekalkan lebih banyak hasil dalam mata wang asing, seperti yang ditunjukkan oleh peningkatan baki akaun mata wang asing yang berkemungkinan menyebabkan ketidakseimbangan dalam aliran pasaran.
Adnan berkata bagi menguruskan risiko pertukaran asing, syarikat korporat dan pengeksport digalakkan untuk memanfaatkan kadar pertukaran yang menarik dalam pengurusan imbangan mata wang asing mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023

Bank Negara Malaysia (BNM) mengikut mandatnya, akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan. - Gambar fail/BERNAMA

Lelaki terlepas hukuman mati, diganti penjara 20 tahun sebabkan kematian isteri
Mahkamah mengambil kira segala fakta termasuk hubungan perayu dengan mangsa sebagai suami isteri.

Kerajaan bakal tanggung kos rawatan penyakit EVALI RM369 juta setahun pada 2030 - Dr Zaliha
Kajian menunjukkan kos rawatan bagi penyakit EVALI adalah RM150,000 bagi setiap pesakit.

Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dipilih Presiden Iswami 2023-2025
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dilantik sebagai Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) bagi tempoh 2023-2025.

Gantung, tamat projek HSR: Kes saman dua bekas PM 15 Disember ini
Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak Mohd Hatta Sanuri, 47, selaku plaintif dan pasukan defendan.
GXBank dilancarkan, berteras keterangkuman kewangan rakyat
GXBank, bank digital pertama Malaysia, telah melancarkan perkhidmatannya secara rasmi di negara ini.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Aplikasi bank itu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store, menawarkan rakyat Malaysia akses kepada rangkuman kewangan dan daya tahan.
Harga minyak sawit mentah dijangka meningkat menjelang 2024
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka menunjukkan aliran harga menaik antara RM3,700 hingga RM4,100 bagi setiap tan menjelang 2024.
Alliance Bank umum untung lebih RM185 juta
Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd melonjak 17 peratus kepada RM185.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept 2023, naik berbanding RM158.42 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
IPO Jati Tinggi sasar dapatkan modal RM18.04 juta
Jati Tinggi Group Bhd syarikat industri kejuruteraan utiliti infrastruktur menyasarkan untuk mengumpul RM18.04 juta melalui terbitan 66.8 juta saham baharu berharga 27 sen sesaham.
Lebih banyak rumah mampu milik akan dibina di Iskandar Puteri - IIB
Iskandar Investment Bhd (IIB) merancang pembinaan lebih banyak rumah mampu milik di Iskandar Puteri di bawah Projek Wawari bagi membolehkan semua lapisan masyarakat mempunyai rumah berkualiti selain bernilai tinggi pada harga yang berpatutan.

MyCEB julang industri acara perniagaan Malaysia pada IBTM World 2023
Berlangsung 28-30 November di Fira Barcelona Gran Via, ia bukti usaha keras memartabatkan negara sebagai destinasi acara perniagaan pilihan di rantau Asia.

Pertingkat 'perisai' diri, elak jadi mangsa scammer - BNM
Orang ramai dinasihatkan meningkatkan 'perisai' diri bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah penipuan dalam talian atau 'scam' yang menjadi semakin berleluasa.

Pemain pasaran perlu main peranan untuk menstabilkan ringgit - BNM
Pemain dan peserta pasaran perlu mengelak daripada menyumbang kepada tekanan menurun ke atas ringgit.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$110.5 bilion pada 15 Nov
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BMI jangka Bank Negara Malaysia kekalkan OPR pada 3.0 peratus sehingga akhir 2024
BMI, firma Fitch Solutions, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sehingga akhir 2024.

BNM: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 4 peratus tahun ini, 4-5 peratus pada 2024
Ekonomi Malaysia diunjur mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus tahun ini dan antara 4.0-5.0 peratus pada 2024, selepas mengambil kira petunjuk kukuh ekonomi negara.

Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel kurangkan impak kejutan luaran - MoF
Kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting dalam mengurangkan impak kejutan luaran terhadap aktiviti ekonomi domestik, kata Kementerian Kewangan (MoF).

OPR kekal bukti dasar tepat, pacu keyakinan pasaran - Ahli Ekonomi
BNM hari ini mengumumkan untuk mengekalkan OPR berkenaan pada 3.00 peratus dan menjadi sesi ketiga berturut-turut bagi MPC berbuat demikian.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.9 bilion pada 13 Okt - Bank Negara
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysiaberjumlah AS$108.9 bilion pada 13 Okt, 2023.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil
Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot sedikit kepada RM37.72 bilion daripada RM37.89 bilion pada pagi ini.

BNM beri penjelasan mengenai fi urus niaga bagi penggunaan DuitNow QR
Bank-bank utama telah mengambil langkah sewajarnya dengan memberikan pengecualian fi urus niaga ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.