KUALA LUMPUR: BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions, menjangka Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sehingga akhir 2024.
Katanya pada 7 Mac lepas, bank pusat itu menetapkan OPR pada 3.0 peratus pada mesyuarat kelima berturut-turut, selaras dengan konsensus dan jangkaan BMI.
Menurut firma penyelidikan itu, selain daripada rujukan tidak langsung bank pusat kepada mata wang yang berada 'di bawah nilai', yang jelas tiada dalam penyata dasar sebelum ini, terdapat sedikit perubahan, terutamanya untuk panduan ke hadapan.
Dalam nota semalam, BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Pertama, trajektori inflasi semasa tidak memberi ancaman kepada sasaran inflasi bank pusat.
"Pertumbuhan upah dalam sektor perkhidmatan telah berada pada trajektori menurun, mencatat paras tertinggi sebanyak 9.5 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2022 dan terkini merosot kepada sekitar tiga peratus pada suku keempat 2023.
"Data tersebut seterusnya menunjukkan inflasi perkhidmatan, yang menyumbang lebih 50 peratus daripada kumpulannya, akan stabil pada dua peratus pada suku tahun akan datang, sejajar dengan pandangan kami untuk inflasi keseluruhan kepada purata 2.0 peratus pada 2024," katanya.
Kedua, katanya ringgit menerima tekanan yang tinggi, selepas merosot 5.1 peratus berbanding dolar AS pada tahun lepas.
"Walaupun ia mencatatkan pemulihan secara berperingkat dalam beberapa minggu ini, prestasi ringgit setakat ini masih ketinggalan berbanding ekonomi pasaran sedang pesat membangun yang lain.
"Kami telah menyatakan bahawa BNM akan berhati-hati dalam melonggarkan dasar monetari kerana bimbang akan menjejaskan kestabilan mata wang berikutan keadaan monetari global yang kekal terhad.
"Bank pusat sejajar dengan pandangan ini dan menjangka pendirian dasar monetari global 'akan kekal terhad' dalam jangka pendek.
"Bagaimanapun, dengan Rizab Persekutuan AS dijangka melonggarkan dasar pada Jun, perbezaan hasil secara berperingkat akan memberi kelebihan kepada ringgit dalam tempoh beberapa bulan akan datang," menurut BMI.
Firma penyelidikan itu berpandangan bahawa bukan sahaja BNM cenderung untuk tempoh yang lama tanpa tindakan tetapi pada tiga peratus, kadar dasar adalah sejajar dengan paras sebelum pandemik, menunjukkan bahawa dasar tidak terhad seperti dalam ekonomi lain.
"Seterusnya, kami mengunjurkan tekanan harga asas akan merosot pada 2024 dan purata dua peratus pada 2024, susut daripada 2.5 peratus pada 2023.
"Pasukan minyak dan gas kami mengunjurkan kenaikan lima peratus untuk purata harga minyak mentah pada 2024, konsisten dengan inflasi keseluruhan yang merosot di bawah dua peratus.
"Ini menunjukkan inflasi tidak akan memberi kebimbangan kepada BNM untuk baki tahun ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, BMI berkata pihaknya menjangka pertumbuhan Malaysia akan kekal kukuh pada 2024.
Katanya data akaun negara yang terkini menunjukkan ekonomi menguncup dengan pelarasan musim 2.1 peratus suku ke suku pada suku keempat 2023, bersamaan dengan kadar pertumbuhan tiga peratus tahun ke tahun.
"Walaupun ini menjadikan pertumbuhan tahun penuh pada 2023 kepada 3.7 peratus, ia berkurangan daripada unjuran kami sebanyak 3.9 peratus.
"Melihat ke hadapan, dengan prospek ekonomi yang bertambah baik, kami menjangka pertumbuhan akan meningkat kepada 4.4 peratus pada 2024 dan berpendapat bank pusat lebih cenderung untuk mengekalkan ruang dasar berbanding bertindak sekiranya terdapat kejutan negatif kepada ekonomi," katanya.
Bagaimanapun, katanya risiko terhadap unjuran kadar faedah cenderung kepada positif.
"Prospek inflasi domestik masih bergantung sebahagian besarnya kepada pelan kerajaan mengenai subsidi pada tahun ini.
"Penurunan akan menyebabkan tekanan harga meningkat semula. Sementara itu, jika ringgit menghadapi tekanan penurunan nilai, ini boleh mendorong BNM untuk menaikkan kadar bagi mengekalkan perbezaan kadar faedah sebenar berbanding Amerika Syarikat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
Pada 7 Mac lepas, BNM menetapkan OPR pada 3.0 peratus pada mesyuarat kelima berturut-turut, selaras dengan konsensus dan jangkaan BMI. - Gambar hiasan/Foto BNM
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.