awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM kenakan penalti, kompaun terhadap JAGS Money atas ketidakpatuhan

Bernama
Bernama
29/10/2025
10:00 MYT
BNM kenakan penalti, kompaun terhadap JAGS Money atas ketidakpatuhan
BNM berkata JAGS telah membayar RM17,400 bagi AMP yang dikenakan pada30 September, 2025 dan RM69,600 bagi kompaun yang dikenakan pada 7 Ogos, 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) sebanyak RM17,400 terhadap JAGS Money Sdn Bhd (JAGS) berikutan ketidakpatuhan terhadap keperluan usaha wajar pelanggan (CDD) di bawah seksyen 74(3) Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011 (MSBA).
BNM berkata peruntukan akta ini dibaca bersama dengan perenggan 14C.1(b), 14C.4(a) dan 14C.12.1 Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan yang melibatkan transaksi pertukaran wang melebihi RM3,000.
Selain itu, pada 31 Julai, 2025, dengan persetujuan Timbalan Pendakwa Raya, BNM juga mengenakan kompaun sebanyak RM69,600 terhadap JAGS atas kegagalannya mematuhi keperluan di bawah seksyen 27(1) MSBA berhubung dengan pengeluaran resit kepada pelanggan untuk transaksi pertukaran wang.
"BNM mengesan kedua-dua ketidakpatuhan itu semasa pemeriksaan di premis JAGS. Ketidakpatuhan terhadap keperluan CDD dan kegagalan mengeluarkan resit berlaku disebabkan oleh tindakan seorang bekas pekerja JAGS.
"Sebagai tindak balas, JAGS telah mengambil langkah-langkah pemulihan dengan menambah baik garis panduan kepada para pekerja dan mengukuhkan lagi mekanisme pemantauannya untuk memastikan pematuhan terhadap proses dan prosedur dalaman serta keperluan BNM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bank pusat itu berkata JAGS telah membayar RM17,400 bagi AMP yang dikenakan pada30 September, 2025 dan RM69,600 bagi kompaun yang dikenakan pada 7 Ogos, 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BNM
#Bank Negara
#Penalti Monetari Pentadbiran
#JAGS Money
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan