awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM, KKM, MOF laksana inisiatif 'RESET' tangani peningkatan inflasi perubatan

Bernama
Bernama
17/06/2025
10:15 MYT
BNM, KKM, MOF laksana inisiatif 'RESET' tangani peningkatan inflasi perubatan
Bank Negara Malaysia bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan melaksanakan inisiatif RESET. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan kerajaan sedang berusaha melaksanakan inisiatif RESET untuk menangani peningkatan inflasi perubatan di Malaysia.

Ringkasan AI
  • Bank Negara Malaysia bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan melaksanakan inisiatif RESET untuk menangani inflasi perubatan dan menyusun semula industri insurans serta takaful kesihatan.
  • RESET bertujuan meningkatkan ketelusan harga, memperkukuh sistem kesihatan digital, meluaskan pilihan rawatan kos efektif, dan mengubah mekanisme pembayaran penyedia perkhidmatan.
  • Perbincangan lanjut mengenai RESET akan diadakan dalam sesi panel pada 18 Jun, melibatkan tokoh-tokoh utama termasuk Gabenor BNM, Menteri Kesihatan dan wakil Bank Dunia.

Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata inisiatif itu adalah komitmen bersama yang dilaksanakan dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kewangan (MOF) bertujuan menyusun semula industri insurans perubatan dan kesihatan serta takaful.
Menurutnya, inisiatif RESET juga berfungsi untuk meningkatkan ketelusan harga, mengukuhkan sistem kesihatan digital, meluaskan pilihan rawatan yang berkesan dari segi kos dan mengubah mekanisme pembayaran penyedia perkhidmatan.
"Kejayaan RESET bergantung pada penglibatan semua pihak berkepentingan dalam mewujudkan sistem penjagaan kesihatan yang lebih mudah diakses dan berdaya tahan untuk rakyat Malaysia," katanya menerusi ucapan alu-aluan pada Simposium Sasana 2025, di sini, hari ini.
Perbincangan lanjut mengenai RESET dan pembaharuan kesihatan secara menyeluruh akan dibincangkan dalam sesi panel bertajuk "Rising Cost, Rising Stakes: Expediting Reforms to Address Medical Inflation" yang diadakan pada 18 Jun.
Sesi itu akan menampilkan Abdul Rasheed bersama-sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican dan Pakar Ekonomi Kanan daripada Bank Dunia Aakash Mohpal.
Sementara itu, Abdul Rasheed berkata pembaharuan struktur memerlukan pendekatan seluruh negara dan salah satu bidang yang jelas mencerminkan keperluan ini ialah pembaharuan penjagaan kesihatan memandangkan inflasi perubatan yang semakin meningkat memerlukan pendekatan yang terselaras.
Beliau berkata dalam suasana ketidaktentuan ekonomi, wacana terbuka penting untuk mengumpul idea terbaik bagi membolehkan Malaysia bertindak balas secara berkesan kepada cabaran luaran sambil terus memacu pembaharuan struktur untuk negara.
"Kita menghadapi persekitaran ini daripada kedudukan yang kukuh. Penunjuk berfrekuensi tinggi terkini seperti indeks pengeluaran perindustrian, perkilangan, perkhidmatan, eksport dan upah menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang berdaya tahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ReSet
#inflasi perubatan
#caj hospital swasta
#Bank Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami