awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM umum Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk PMKS terjejas banjir

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
20/12/2021
13:54 MYT
BNM umum Kemudahan Bantuan Bencana 2022 untuk PMKS terjejas banjir
Ia akan dilaksana melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF 2022), kata bank pusat itu dalam kenyataan pada Isnin. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
Ia akan dilaksana melalui Kemudahan Bantuan Bencana 2022 (DRF 2022), kata bank pusat itu dalam kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, DRF 2022 ini akan membantu PKMS menampung kos membaiki atau mengganti aset untuk kegunaan perniagaan yang telah rosak akibat banjir serta untuk modal kerja.
DRF 2022 ini tersedia untuk PKS, termasuk perusahaan mikro, dengan jumlah pembiayaan maksimum hingga RM500,000 bagi setiap PKS dan hingga RM75,000 bagi setiap perusahaan mikro.
Tempoh pembiayaan adalah hingga lima tahun, termasuk tempoh moratorium selama enam bulan ke atas bayaran pokok dan faedah atau keuntungan.
Kadar pembiayaan adalah hingga 3.50% setahun, termasuk apa-apa fi jaminan. Kemudahan ini akan disediakan mulai 27 Disember 2021 sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya atau akan dikemas kini bergantung pada situasi banjir.
Perniagaan yang terjejas boleh memohon daripada institusi kewangan peserta yang terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.
Para peniaga boleh menghubungi BNM melalui bnm.gov.my/link sekiranya mereka menghadapi sebarang kesulitan berhubung dengan kemudahan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#bantuan kewangan
#Kemudahan Bantuan Bencana
#Banjir 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan