awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BSN mahu tembusi pasaran pelanggan generasi muda

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
15/08/2015
23:49 MYT
BSN mahu tembusi pasaran pelanggan generasi muda
Pembabitan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penaja utama Minggu Fesyen Kuala Lumpur KLFW untuk tahun bertujuan menembusi pasaran pelanggan generasi muda. -Gambar fail
Pembabitan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai penaja utama Minggu Fesyen Kuala Lumpur KLFW untuk tahun bertujuan menembusi pasaran pelanggan generasi muda.
Timbalan Ketua Eksekutif BSN Frederick Siew Kin Meng, berkata penajaan itu juga membuka peluang kepada institusi kewangan itu menerokai peluang perniagaan baru dalam dunia fesyen.
Menurut Frederick, penyertaan BSN dalam KLFW membolehkan generasi muda mendapat maklumat yang lebih tepat bagi mengembangkan sayap perniagaan mereka dalam dunia fesyen.
“Pereka-pereka muda ini mempunyai banyak idea tapi tidak diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka.
“Ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka dan kami. Contohnya mereka boleh menjana pendapatan dengan idea-idea mereka.
“Jadi kami di sini adalah untuk memberitahu mereka, beberapa jenis kewangan yang boleh membantu mereka dalam perniagaan,” tambah beliau ketika ditemui pemberita pada malam Sabtu di pertunjukan fesyen KLFW, Pavillion, Kuala Lumpur.
Mengulas KLFW 2015, Frederick berkata, ia membuka peluang kepada bakat muda memperagakan rekaan mereka di pentas berprestij.
“Saya berasakan KLFW sangat menakjubkan. Ramai pereka-pereka muda mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen ini. Jadi kami berasa ia bagus untuk pasaran kami.Kami juga mahu memberitahu bahawa BSN bersedia untuk membantu mereka.
KLFW 2015 berlangsung selama lima hari bermula 12 Ogos lalu.
Penganjuran untuk tahun ketiga ini disertai lebih 80 pereka tempatan dan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#BSN
#Frederick Siew Kin Meng
#KLFW
#Minggu Fesyen Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan