awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia bermula lemah di hari pertama dagangan 2025

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/01/2025
01:45 MYT
Bursa Malaysia bermula lemah di hari pertama dagangan 2025
Indeks penanda aras Bursa Malaysia memulakan dagangan tahun 2025 dengan lemah, menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras Bursa Malaysia memulakan dagangan tahun 2025 dengan lemah, menjejaki penurunan semalaman dalam pasaran Amerika Syarikat (AS).
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,636.91, turun 5.42 mata daripada 1,642.33 ketika ditutup pada Selasa.
Indeks itu pada mulanya dibuka 1.01 mata lebih rendah pada 1,641.32.
Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti Tahun Baharu 2025.
Sentimen pagi ini sedikit negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 149 berbanding 139.
Sebanyak 300 kaunter kekal tidak berubah, 1,767 tidak diniagakan dan 11 lagi digantung.
Selepas merekodkan prestasi yang memberangsangkan pada tahun lalu, indeks utama FBM KLCI diunjur melepasi paras 1,800 tahun ini.
Bagaimanapun, ketidaktentuan perdagangan yang semakin meningkat dan potensi peralihan dasar AS di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump boleh menyebabkan pasaran ekuiti global menjadi tidak menentu dalam tempoh terdekat ini.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#fbm klci
#ftse
#Tahun Baharu 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan