KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, meneruskan penurunan semalam apabila Wall Street merosot semalaman selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah dan memberi petunjuk bahawa kenaikan yang lebih agresif akan datang, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.92 mata kepada 1,441.26 daripada 1,447.18 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.31 mata kepada 1,444.87.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 232 berbanding 43 manakala 165 kaunter tidak berubah, 1,950 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 98.13 juta unit bernilai RM43.28 juta.
Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen global akan terus kurang menggalakkan sekurang-kurangnya dalam tempoh terdekat berikutan pelabur menerima kenaikan kadar faedah 75 mata asas dan isyarat Fed AS mengenai sentimen kadar faedah tinggi hingga akhir 2022.
"Bagaimanapun, aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka wujud dalam sektor terpilih berikutan tumpuan peniaga mungkin beralih kepada benefisiari Bajet 2023," katanya.
Dari segi komoditi, katanya harga minyak mentah Brent mencecah di bawah paras US$90 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) berada melebihi RM3,800.
"Bagi sektor yang menjadi tumpuan, walaupun sentimen secara keseluruhannya boleh terus negatif, pelabur mungkin membeli semasa penurunan dalam sektor perbankan dalam persekitaran kitaran tinggi kadar faedah.
"Sementara itu, pasaran dijangka memihak kepada segmen tenaga boleh baharu, pembinaan dan bahan binaan sebelum pembentangan Bajet 2023. Kami turut memilih segmen berorientasikan eksport seperti industri pembungkusan," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot lima sen kepada RM8.67 manakala CIMB Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing berkurangan lima sen kepada RM8.56, RM5.40 dan RM6.05.
Public Bank menambah satu sen kepada RM4.41.
Daripada saham aktif, waran Velesto dan Sunzen, masing-masing naik setengah sen kepada 13 sen dan 6.5 sen, Top Glove merosot satu sen kepada 65.5 sen, EA Technique susut setengah sen kepada 8.5 sen manakala Cnergenze tidak berubah pada 95.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 38.05 mata kepada 10,292.05, Indeks FBMT 100 merosot 41.55 mata kepada 10,029.08, Indeks FBM Emas Shariah susut 42.54 mata kepada 10,347.35, FBM 70 turun 53.20 mata kepada 12,479.35 dan FBM ACE merosot 24.78 mata kepada 4,753.34.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga berkurangan 5.40 mata kepada 720.18, Indeks Perladangan susut 25.53 mata kepada 6,820.29, Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 45.48 mata kepada 16,354.37 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.09 mata kepada 174.59.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.92 mata kepada 1,441.26 daripada 1,447.18 pada Rabu. -Gambar fail/Bernama
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.