KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, didorong oleh prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, menurut penganalisis.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.86 mata kepada 1,612.32 daripada 1,615.18 semalam.
Indeks dibuka rendah 1.19 mata kepada 1,613.99.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 200 berbanding 156, dengan 308 kaunter tidak berubah, 1,859 tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 261.10 juta unit bernilai RM130.28 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan peniaga cuba untuk pulih daripada jualan besar-besaran pada Rabu walaupun pengumuman mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) melebihi jangkaan.
Menurut Biro Analisis Ekonomi AS, KDNK benar meningkat pada kadar tahunan sebanyak 2.8 peratus pada suku kedua 2024 berbanding 1.4 peratus pada suku pertama tahun ini.
Bagi bursa tempatan, Thong berkata FBM KLCI terus diniagakan rendah berikutan sentimen global yang lemah.
"Bagaimanapun, indeks petunjuk pasaran terus disokong dengan baik melebihi paras 1,610, justeru, kami menjangka belian saham akan berterusan apabila harga rendah.
"Kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan berada antara 1,610 dan 1,620 hari ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot 2.0 sen kepada RM10.12, Public Bank dan CIMB Group, masing-masing berkurangan 1.0 sen kepada RM4.20 dan RM7.18 serta Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM13.96.
Sementara itu, IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.26.
Dalam kalangan saham aktif, Kucingko naik 35.5 sen kepada 65.5 sen, Sarawak Consolidated menambah 1.0 sen kepada 30 sen dan Alam Maritim meningkat setengah sen kepada 4 sen. Widad Group dan Aimflex, masing-masing tidak berubah pada 5.5 sen dan 20 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 15.26 mata kepada 12,450.52, Indeks FBMT 100 berkurangan 13.27 mata kepada 12,039.36 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 12.76 mata kepada 12,726.94.
Indeks FBM 70 naik 8.85 mata kepada 18,487.20 dan Indeks FBM ACE meningkat 0.85 mata kepada 5,811.71.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 32.82 mata kepada 17,950.44. Sementara itu, Indeks Perladangan menambah 2.20 mata kepada 7,153.16, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.18 mata kepada 191.97 manakala Indeks Tenaga meningkat 0.21 mata kepada 958.50.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.86 mata kepada 1,612.32 daripada 1,615.18 semalam.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.