Skip to main content

Sukan

Senegal dinobatkan juara AFCON selepas CAS batalkan keputusan memihak Maghribi

CAS kembalikan gelaran AFCON 2025 kepada Senegal selepas membatalkan keputusan CAF yang sebelum ini memberi kemenangan kepada Maghribi. - Foto REUTERS
CAS kembalikan gelaran AFCON 2025 kepada Senegal selepas membatalkan keputusan CAF yang sebelum ini memberi kemenangan kepada Maghribi. - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengembalikan status Senegal sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025.
  • Senegal sebelum ini menang 1-0 ke atas Maghribi dalam perlawanan akhir selepas masa tambahan hasil jaringan Pape Gueye.
  • Keputusan asal dikembalikan selepas rayuan Maghribi diterima CAF, namun keputusan itu dibatalkan oleh CAS selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.
Advertisement

LONDON: Senegal dikembalikan status sebagai juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025 oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), lapor PA Media/dpa.

Senegal memenangi perlawanan akhir AFCON dengan menewaskan Maghribi 1-0 selepas masa tambahan hasil jaringan Pape Gueye pada 18 Jan tahun ini.

Bagaimanapun, Persekutuan Bolasepak Maghribi mengemukakan rayuan kepada penganjur kejohanan, Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), supaya keputusan itu dibatalkan selepas pemain Senegal meninggalkan padang sebagai tanda bantahan terhadap keputusan kontroversi memberikan sepakan penalti kepada Maghribi pada penghujung separuh masa kedua, sejurus selepas jaringan Senegal dibatalkan.

Advertisement

Bantahan pemain Senegal itu menyebabkan perlawanan tertangguh selama 15 minit. Selepas pemain mereka kembali ke padang, pemain Maghribi, Brahim Diaz, gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus memaksa perlawanan diteruskan ke masa tambahan.

Rayuan Maghribi pada mulanya ditolak, namun panel CAF kemudiannya menerima rayuan itu dan memutuskan bahawa tindakan pemain Senegal meninggalkan padang bermakna pasukan berkenaan menarik diri daripada perlawanan, sekali gus memberikan kemenangan 3-0 kepada Maghribi.

Advertisement

Senegal kemudian membawa perkara itu ke CAS, yang mendengar hujah kedua-dua pihak pada 8 Okt. Mahkamah itu kini mengembalikan keputusan asal kemenangan 1-0 kepada Senegal.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement