KUALA LUMPUR:Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, susut daripada kenaikan semalam berikutan kebimbangan mengenai kemungkinan sekatan pergerakan di beberapa negeri yang menjejaskan sentimen pelabur, kata peniaga.
Pada 9.06 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.46 mata kepada 1,597.49 selepas dibuka rendah satu mata kepada 1,601.95, daripada 1,602.95 semasa ditutup pada Khamis.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 238 berbanding 191, manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,351 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 255.42 juta unit bernilai RM149.35 juta.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Sdn Bhd Kenny Yee Shen Pin berkata selepas Wall Street semalaman ditutup kukuh, pasaran serantau dijangka diniagakan tinggi hari ini berikutan dana asing masuk ke pasaran sedang pesat membangun.
Di peringkat tempatan, FBM KLCI -- yang menyaksikan sokongan belian yang kukuh semalam akan naik melepasi had 1,600 -- akan terus meningkat, berpotensi menguji paras 1,610 hari ini, katanya.
"Bagaimanapun, pelabur masih bimbang mengenai pendirian kerajaan; berikutan kemungkinan sekatan pergerakan boleh mengekang kemajuan," katanya dalam nota.
Sementara itu, memandangkan harga minyak mentah terus pulih dengan penanda aras minyak mentah Brent melebihi US$54 setong, saham minyak dan gas mungkin bersedia untuk minat dagangan, kata Yee.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank berkurangan lapan sen kepada RM8.20, Public Bank merosot 14 sen kepada RM20.26, Tenaga dan IHH Healthcare, masing-masing susut 10 sen kepada RM10.42 dan RM5.60, Petronas Chemicals turun satu sen kepada RM7.04, manakala Top Glove naik lapan sen kepada RM5.88.
Daripada saham cergas, DGB, Nexgram dan AT Systematization, masing-masing naik setengah sen kepada 28 sen, lima sen dan 18.5 sen, CHI merosot setengah sen kepada 12 sen, manakala PUC tidak berubah pada 14.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 32.43 mata kepada 11,479.03, Indeks FBMT 100 merosot 36.21 mata kepada 11,225.03, FBM 70 berkurangan 38.26 mata kepada 14,518.17 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 8.79 mata kepada 12,919.09
Bagaimanapun, FBM ACE naik 13.04 mata kepada 10,554.01.
Sementara itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 87.54 mata kepada 14,880.45, Indeks Perladangan susut 44.29 mata kepada 7,375.75 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.03 mata kepada 171.84.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 08 2021
Pelabur masih bimbang mengenai pendirian kerajaan, berikutan kemungkinan sekatan pergerakan boleh mengekang kemajuan. - Gambar fail
PADU: Lebih 9 juta telah daftar
Pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) meningkat kepada 9.24 juta setakat Khamis.
PM adakan lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu
Dalam lawatan singkat ke Sarawak pada Sabtu, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain bakal melakukan walkabout di Bazar Ramadan Desa Ilmu disusuli Majlis Iftar Berbuka Puasa Madani di Masjid Al-Muttaqin
UMNO Sabah akan lebih teliti pilih calon - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak mahu calon yang akan diketengahkan UMNO dalam PN Sabah nanti ditolak rakyat sekaligus mendatangkan kerugian buat parti itu.
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej disambung
Hakim Mahkamah Nur Asyraf Zolhani membenarkan tempoh reman disambung tujuh hari bermula Jumaat
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Pesawat Bombardier CL-415 Maritim Malaysia digerakkan bagi membantu memadam kebakaran yang dikesan berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Baram
Dua lelaki mengaku tidak bersalah lakukan rompakan berkumpulan
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan, minggu lepas.
Kesabaran rakyat ada batasnya - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan isu air di Sabah perlu segera diselsesaikan jika tidak ia akan memberi kesan besar kepada rakyat.
AWANI Borneo [29/03/2024] - Kes bunuh pelajar kolej vokasional | Operasi bom air | Ini satu musibah - Bung Moktar
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Tempoh reman 13 remaja suspek kes bunuh pelajar kolej vokasional disambung
Satu lagi kawasan kebakaran hutan dikesan di Miri
Bung Moktar desak kerajaan Sabah segera selesaikan isu air
Projek LRT tidak jejas status George Town sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke
Kerajaan jamin pembangunan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang tidak akan menjejaskan status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Ahli perniagaan didakwa tipu, pecah amanah, salah guna harta syarikat RM13.4 juta
Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menipu, pecah amanah dan menyalahgunakan harta syarikat, melibatkan kerugian berjumlah RM13.4 juta.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, seiring prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan bursa serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 7.82 mata kepada 1,530.60 daripada 1,538.42 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia rendah berikutan kekurangan pemangkin baharu
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.59 mata kepada 1,530.83 daripada 1,538.42 ketika ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian saat-saat akhir
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.88 mata kepada 1,538.42 daripada 1,537.54 semasa ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur berikutan kekurangan pemangkin
Pada 9.15 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.48 mata kepada 1,534.06 daripada 1,537.54 ketika ditutup pada Isnin.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur, dipengaruhi prestasi di Wall Street
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.61 mata kepada 1,538.78 daripada paras penutup 1,542.39 pada Jumaat minggu lepas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pulih daripada penurunan sebelumnya
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 0.98 mata kepada 1,542.39 daripada paras penutup 1,541.41 pada Khamis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan awal selepas peningkatan di Wall Street
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.01 mata kepada 1,542.42 daripada 1,541.41 semasa ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.77 mata kepada 1,538.56 daripada 1,535.79 pada Rabu.