KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun semalam dan dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.29 peratus atau 4.33 mata, kepada 1,472.76 daripada 1,477.09 penutup Isnin.
Pasaran memulakan dagangan pagi ini dengan 3.36 mata lebih rendah pada 1,473.73.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 153 berbanding 122, manakala 210 kaunter tidak berubah, 1,753 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 169.51 juta unit bernilai RM52.98 juta.
Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen di bursa tempatan dijangka bertambah baik selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraih usul undi percaya semalam.
"Kemenangan itu akan membersihkan suasana ketidaktentuan dalam kancah politik dan mengukuhkan keyakinan pelabur untuk bergerak ke hadapan.
"Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam aliran 1,475 dan 1,490 hari ini dengan tumpuan kepada bank dan saham perladangan," katanya kepada Bernama.
Thong menambah stok perladangan diunjur menyaksikan beberapa pembelian hari ini kerana harga minyak sawit mentah telah kembali kepada sekitar RM4,000 satu tan memandangkan cuaca buruk semasa yang mungkin menjejaskan bekalan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank susut dua sen setiap satu, masing-masing kepada RM8.69 dan RM4.38, Petronas Chemicals turun tiga sen kepada RM8.48, CIMB lemah satu sen menjadi RM5.77 manakala TNB berkurangan lima sen kepada RM9.26.
Bagi saham aktif, Leform menokok dua sen 23.5 sen, Cengild Medical menambah 2.5 sen kepada 51 sen, Sunview meningkat 1.5 sen menjadi 63 sen dan Advance Synergy susut satu sen kepada 19.5 sen, manakala Serba Dinamik tidak berubah pada 1.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 23.94 mata kepada 10,578.06, Indeks FBMT 100 lebih rendah sebanyak 25.35 mata menjadi 10,283.19, Indeks FBM Emas Syariah 25.75 mata lebih rendah pada 10,718.48, Indeks FBM 70 berkurangan 10.60 mata kepada 12,938.98 dan Indeks FBM ACE lemah 8.04 mata kepada 5,469.76.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan susut 8.05 mata menjadi 6,863.49, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.04 mata kepada 181.18, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 35.76 mata kepada 16,522.08.
Bagaimanapun, Indeks Tenaga meningkat 0.86 mata menjadi 788.02.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.29 peratus atau 4.33 mata, kepada 1,472.76 daripada 1,477.09 penutup Isnin. -Gambar fail/Bernama
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Saya tidak berdendam dengan Najib, saya PM kena adil - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.
Najib pertahan sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis bahawa adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa wang yang diterima dalam akaun bank peribadi AmIslamik merupakan sumbangan daripada pemerintah Arab Saudi iaitu Almarhum Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud.
Dua lelaki ditahan, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di Kluang, Johor pada Selasa lepas.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.