Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Anwar arah semak pengurusan, kelemahan UiTM Holdings

SHAH ALAM, 26 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Tokoh Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Global kepada Alumni Fakulti Undang-Undang Yunalis Mat Zara "'ai pada Majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Tokoh Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Global kepada Alumni Fakulti Undang-Undang Yunalis Mat Zara'ai pada Majlis Himpunan Mesra Alumni UiTM di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam hari ini. - Gambar/ Bernama
Advertisement

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penelitian terhadap tadbir urus dan pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd susulan kebimbangan mengenai kerugian yang dialami syarikat berkenaan.

Anwar berkata, semakan itu perlu dilakukan dengan kerjasama Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memberikan sokongan sekiranya diperlukan.

“Bukan kita beri hukuman sekarang. Kaji dulu apakah kelemahan yang biasa. Kalau ya, itu diperbaiki. Tukar orang. Berpuluh agensi kita sudah tukar.

“Tetapi kalau betul berlaku kepincangan, itu harus diambil tindakan,” katanya dalam ucaptama Himpunan Alumni UiTM, pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Februari 2023 menyiasat dakwaan penyelewengan yang mengakibatkan kerugian RM157 juta oleh UiTM Holdings.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada beberapa isu, khususnya membabitkan dana dan pelaburan yang dibuat UiTM Holdings sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengulangi kenyataan bahawa keputusan kerajaan menangguhkan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) dibuat bagi memberi masa kepada kepimpinan institusi itu melaksanakan langkah pemulihan.

Beliau berkata, pendedahan laporan berkenaan pada ketika itu dikhuatiri mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendeposit sehingga mendorong mereka mengeluarkan wang, sekali gus berisiko menjejaskan operasi TH.

“Sebab bila bongkar banyak sangat, takut pencarum tarik wang daripada Tabung Haji. Maka kita tangguh dua tahun,” katanya.

Must Watch Video

Advertisement