Skip to main content
Advertisement

Malaysia

PERSADA: Masa menunggu pesakit bakal singkat kurang sejam, kerajaan peruntuk RM1 bilion

PADANG BESAR, 26 Sept - Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil (dua, kiri) meninjau pelaksanaan inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) di Klinik Kesihatan Padang Besar hari ini. Turut sama Pengarah Kesihatan Perlis Dr Ghazali Chik (kiri). PERSADA merupakan kerjasama Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memperkukuh ketersambungan digital serta penggunaan Rekod Perubatan Elek
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil ketika lawatan kerja meninjau pelaksanaan inisiatif PERSADA di Klinik Kesihatan Padang Besar, Perlis pada Sabtu. - Foto Bernama
Advertisement

PADANG BESAR: Inisiatif Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA) dijangka mampu memendekkan tempoh masa di klinik dan hospital dengan sasaran majoriti pesakit menerima rawatan dalam tempoh kurang daripada satu jam apabila dilaksanakan kelak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, inisiatif berkenaan menjadi asas kepada pelaksanaan aspirasi "Satu Individu, Satu Rekod Kesihatan" yang akan menyokong perkongsian maklumat kesihatan secara lebih lancar.

Jelas Suruhanjaya itu lagi, ketersambungan yang diperkukuh membolehkan rekod kesihatan menyokong kesinambungan rawatan biarpun pesakit mendapatkan perkhidmatan di fasiliti atau lokasi berbeza.

"Ini sekali gus mewujudkan pengalaman rawatan yang lebih lancar dan teratur serta membantu mengurangkan tempoh menunggu," jelas suruhanjaya tersebut.

Kenyataan itu menyusul lawatan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini, yang turun padang ke Klinik Kesihatan Padang Besar bagi meninjau sendiri perkembangan pelaksanaan inisiatif pemacu ekosistem tersebut.

"YB Datuk Seri Fahmi telah diberikan taklimat mengenai pelaksanaan inisiatif tersebut serta demonstrasi penyelesaian digital yang menyokong ekosistem kesihatan negara, termasuk penggunaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR) dan aplikasi ketersambungan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan," kata MCMC.

Tambah suruhanjaya itu, pelaksanaan PERSADA adalah satu bentuk kerjasama rentas kementerian antara Kementerian Komunikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan penyampaian perkhidmatan serta teknologi yang lebih bersepadu dapat dinikmati rakyat.

Bagi memacu fasa pendigitalan ini, kerajaan pada Ogos lalu telah meluluskan dana berskala besar untuk memperkasakan rangkaian kesihatan awam.

"PERSADA menerima peruntukan sebanyak RM1 bilion, termasuk tambahan peruntukan RM350 juta yang diumumkan kerajaan bagi memperkukuh ketersambungan, sistem digital dan infrastruktur sokongan," menurut kenyataan itu lagi.

Must Watch Video

Advertisement