KUALA LUMPUR: Urus niaga di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada dagangan pagi Jumaat dengan pergerakan semalaman di Wall Street turut menunjukkan prestasi lemah.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.04 mata kepada 1,581.3 daripada 1,581.26 semasa ditutup pada petang Khamis.

Indeks utama dibuka 1.42 mata lebih tinggi pada 1,582.26.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 354 berbalas 167 sementara 285 kaunter tidak berubah, 1,349 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 485.96 juta unit bernilai RM215.86 juta.

Maybank Investment Bank Bhd berkata sentimen yang lebih lemah di pasaran Amerika Syarikat semalaman telah menjejaskan kehendak domestik di celah-celah kegiatan pengambilan untung ke atas saham yang mencatatkan keuntungan baru-baru ini.

"Secara teknikal, kami menjangkakan FBM KLCI akan berlegar antara 1,560 dan 1,600 hari ini, dengan sokongan menurun pada 1,550 dan 1,500," kata bank pelaburan itu nota penyelidikannya hari ini.

Di bursa serantau, Indeks Straits Times Singapura turun 0.73 peratus kepada 2,992,86, Indeks Nikkei 225 Jepun merosot 1.55 peratus menjadi 28,480.98 dan Indeks Komposit Jakarta Indonesia susut 1.35 peratus kepada 6,290.80.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.21, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menokok tiga sen kepada RM4.26 dan RM7.78, IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.47, TNB dan CIMB, kedua-duanya turun dua sen kepada RM10. 38 dan RM4.35, sementara Top Glove turun satu sen kepada RM4.95.

Antara saham paling cergas, Borneo Oil dan Icon Offshore masing-masing naik setengah sen kepada empat sen dan 12 sen, MQ Technology bertambah 1.5 sen kepada 14.5 sen dan Vivocom meningkat 3.5 sen kepada 99 sen.

Sementara itu, Sapura Energy naik satu sen kepada 15.5 sen, XOX dan Nova MSC masing-masing tidak berubah pada tujuh sen dan 12.5 sen, sementara Aimflex turun setengah sen 25 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menyusut 11.7 mata kepada 11,608.97, Indeks FBMT 100 merosot 10.75 mata kepada 11,305.51, Indeks FBM Emas Syariah lega 28.33 mata pada 12,888.73, FBM ACE turun 29.06 mata kepada 10,365.2 dan FBM 70 lemah 57.06 mata kepada 15,381.93.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.90 mata kepada 184.28, Indeks Perladangan naik 1.84 mata kepada 7,151.3, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 33.52 mata kepada 15,221.17

- BERNAMA