KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street, kata para peniaga.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.64 mata kepada 1,441.18 daripada 1,443.82 penutup Khamis.
Indeks utama dibuka 0.45 mata lebih rendah pada 1,443.37.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 165 berbalas 139, manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,803 tidak diniagakan dan 25 digantung.
Jumlah dagangan 183.01 juta unit bernilai RM77.05 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata data Indeks harga Pengguna (IHP)I AS telah melonjakkan hasil 10 tahun AS kepada 4.697 peratus dan Rizab Persekutuan AS pula berkemungkinan perlu menaikkan kadar faedah bulan depan.
Beliau berkata Purata Perindustrian Dow Jones merosot 0.51 peratus semalaman manakala Komposit Nasdaq turun 0.63 peratus.
"Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 345 mata didorong oleh kemunculan Central Huijin yang merupakan sebahagian daripada dana kekayaan kedaulatan China yang menolak naik saham beberapa bank antaranya ICBC, Construction Bank, Bank of China dan Agriculture Bank," katanya kepada Bernama.
Di dalam negara, beliau berkata ketika pelabur menunggu pembentangan Bajet 2024 lewat hari ini, beliau tetap optimis kemungkinan terdapat beberapa kejutan yang menggembirakan.
"Namun begitu, kami menjangkakan indeks penanda aras berlegar dalam julat 1,440-1,450 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM7.28, Maybank dan Public Bank masing-masing turun tiga sen untuk mencatatkan harga RM8.96 dan RM4.15, CIMB lemah empat sen menjadi RM5.62 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.00.
Bagi saham aktif, Widad menambah setengah sen kepada 55 sen, Tanco dan Malaysian Resources Corporation turun setengah sen, masing-masing merekodkan harga 56 sen dan 48.5 sen manakala KNM Group dan Sapura Energy, kedua-duanya kekal pada harga 12 sen dan lima sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 14.82 mata kepada 10,681.49, Indeks FBMT 100 berkurangan 14.53 mata menjadi 10,343.00 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 4.06 mata kepada 10,916.71
Indeks FBM 70 rendah 0.69 mata kepada 14,226.19 manakala Indeks FBM ACE meningkat 3.73 mata kepada 5,181.50.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.71 mata kepada 16,249.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata menjadi 173.99, Indeks Tenaga berkurangan 2.23 mata kepada 873.22 manakala Indeks Perladangan meningkat 2.17 mata kepada 6,848.94.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.64 mata kepada 1,441.18 daripada 1,443.82 penutup Khamis. -Gambar fail/Bernama
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Tiada petunjuk baharu, prospek dasar as asak Bursa Malaysia susut pada dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street.