awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan

Bernama
Bernama
11/12/2024
21:15 MYT
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan menonjolkan usaha kemanusiaan Turkiye yang inklusif dengan menyatakan sokongan negara itu terhadap jutaan rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal tanpa diskriminasi. - Gambar fail/AP
ISTANBUL: Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu, kata Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu, lapor Agensi Anadolu (AA).
Erdogan ketika bercakap pada acara sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran partinya di Ankara mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Beliau turut mengkritik sikap dwistandard global dalam isu hak asasi manusia, menyatakan bahawa pada hari ini hak itu dilihat sebagai "hak keistimewaan yang hanya terpakai untuk wilayah dan populasi tertentu."
Sebaliknya, beliau menggariskan pendirian Turkiye terhadap krisis Syria yang sudah berlangsung selama 13 tahun, dengan berkata: "Turkiye sentiasa mendekati krisis Syria berdasarkan perspektif yang berasaskan hati nurani."
Erdogan juga menonjolkan usaha kemanusiaan Turkiye yang inklusif dengan menyatakan sokongan negara itu terhadap jutaan rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal tanpa diskriminasi.
“Kami tidak pernah bertanya kepada mereka yang datang ke pintu kami sama ada mereka orang Turki, Arab atau Kurdish. Kami juga tidak bertanya sama ada mereka Muslim, Kristian, atau Yahudi,” tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Turkiye bukan sahaja membuka pintu negara mereka tetapi juga pintu hati mereka kepada mereka yang mencari perlindungan di bumi Turkiye.
Semasa perang saudara di Syria, kira-kira empat juta rakyat Syria telah mendapatkan perlindungan di Turkiye.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejatuhan Baath
#Syria
#keamanan
#Recep Tayyip Erdogan
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan