KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Selasa tetapi kembali meningkat selepas itu, disokong oleh permintaan belian baharu terutama dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih, kata peniaga.
Pada 9.33 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.16 mata kepada 1,458.16 daripada 1,457.0 pada penutup Isnin.
Indeks utama dibuka 0.14 mata lebih rendah pada paras 1,456.86.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 284 berbalas 197, manakala 293 kaunter tidak berubah, 1,566 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 744 juta unit bernilai RM255.92 juta.
Menurut Malacca Securities menerusi nota penyelidikan, pelabur kini memantau dengan teliti beberapa keluaran data ekonomi China, antaranya jualan runcit, pengeluaran perindustrian dan kadar pengangguran, untuk mengukur prestasi ekonomi kedua terbesar dunia itu.
"Selain itu, kami menjangkakan lonjakan dalam import minyak sawit India akan membawa kesan positif kepada sektor perladangan.
"Pembukaan semula lawatan berkumpulan ke 78 negara lain dari China mungkin dapat melonjakkan industri berkaitan pelancongan.
"Sementara itu, harga minyak mentah yang lemah berikutan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi China dan nilai dolar AS yang lebih kukuh mungkin menyaksikan beberapa kegiatan pengambilan untung dalam sektor tenaga," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 3.0 sen kepada RM9.03, Public Bank dan CIMB masing-masing menokok 1.0 sen setiap satu kepada RM4.16 dan RM5.66, Tenaga Nasional susut 2.0 sen menjadi RM9.78, sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.83.
Bagi saham aktif, Glostrext yang baharu disenaraikan di Pasaran Ace melonjak 12 sen kepada 31 sen, Classita peroleh setengah sen menjadi 9.0 sen manakala MMAG dan Advance Synergy tidak berubah pada 1.0 sen dan 14.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 14.25 mata untuk mencatatkan paras 10,726.66, Indeks FBMT 100 meningkat 13.80 mata kepada 10,414.05 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 8.70 mata kepada 10,944.98,
Indeks FBM 70 meraih 42.02 mata kepada 14,106.23 manakala Indeks FBM ACE susut 1.43 mata kepada 5,323.89.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.30 mata kepada 16,338.17, Indeks Perladangan susut 20.80 mata kepada 7,053.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.28 mata kepada 167.74 dan Indeks Tenaga meningkat 0.62 mata kepada 834.73.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Pada 9.33 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.16 mata kepada 1,458.16 daripada 1,457.0 pada penutup Isnin. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.