KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, sejajar dengan prestasi Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas selepas Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang terkini pada Jun mencapai jangkaan pasaran.
Menurut Jabatan Perdagangan AS, indeks harga PCE meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan dan naik 2.5 peratus tahun ke tahun pada Jun, sejajar dengan konsensus pasaran.
Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.89 mata kepada 1,618.77 daripada 1,612.88 pada Jumaat lepas.
Indeks dibuka tinggi 4.28 mata kepada 1,617.16.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 280 berbanding 139, dengan 343 kaunter tidak berubah, 1,749 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 352.85 juta unit bernilai RM133.41 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street ditutup tinggi berikutan pelabur kembali kepada saham wajaran tinggi teknologi yang telah mewujudkan jualan pada awal minggu lepas.
Katanya PCE utama sejajar dengan unjuran, meningkatkan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS tidak lama lagi.
Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya pada minggu ini, peniaga akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan China, jualan rumah AS, data pekerjaan AS dan PMI Pembuatan ISM AS.
"Walaupun sentimen lemah di AS, kami menjangka ini boleh menjadi peluang belian dengan peningkatan semula pada Jumaat.
"Kami percaya minat belian akan tertumpu kepada pemangkin pusat data, dengan tumpuan kepada sektor pembinaan, hartanah, utiliti, bahan binaan dan teknologi," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 4.0 sen kepada RM10.18, Tenaga Nasional menambah 12.0 sen kepada RM14.14 dan CIMB Group meningkat 3.0 sen kepada RM7.20 manakala Public Bank dan IHH Healthcare, masing-masing tidak berubah pada RM4.21 dan RM6.26.
Daripada saham aktif, Velocity Capital Partner naik 1.0 sen kepada 7.0 sen dan Dagang NeXchange meningkat 2.0 sen kepada 43.5 sen manakala Ekovest merosot 1.5 sen kepada 45.0 sen, Focus Dynamics Group berkurangan setengah sen kepada 1.5 sen dan HB Global tidak berubah pada 14.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 43.79 mata kepada 12,507.52, Indeks FBMT 100 naik 43.22 mata kepada 12,093.78, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 44.46 mata kepada 12,785.61 dan Indeks FBM 70 menokok 63.62 mata kepada 18,593.77 manakala Indeks FBM ACE merosot 14.97 mata kepada 5,779.12.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 36.38 mata kepada 18,008.30, Indeks Penjagaan Kesihatan menambah 5.48 mata kepada 2,157.19, Indeks Pembinaan meningkat 1.49 mata kepada 305.84 dan Indeks Perladangan menokok 4.26 mata kepada 7,148.45.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.89 mata kepada 1,618.77 daripada 1,612.88 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.