KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan dagangan pagi Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan apabila pelabur memberikan tindak balas yang kukuh terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.83 mata kepada 1,451.41 daripada penutupan Khamis pada 1,449.58, selepas dibuka 0.49 mata lebih rendah pada 1,449.09.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 171 berbalas 108, manakala 206 kaunter tidak berubah, 1,888 tidak diniagakan dan 23 digantung.
Jumlah dagangan 259.80 juta unit bernilai RM70.85 juta
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun indeks harga pengguna dan indeks harga pengeluar utama untuk Ogos adalah lebih tinggi sedikit daripada jangkaan, konsensus berpendapat Rizab Persekutuan AS tidak akan menaikkan kadar faedah bulan ini.
Justeru, Dow Jones telah meningkat 331 mata manakala Nasdaq menambah 112 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan AS melonjak kepada 4.286 peratus.
Beliau menambah sentimen seharusnya meningkat oleh langkah China untuk mengurangkan nisbah keperluan rizab (RRR) sebanyak 25 mata asas, menyuntik sekitar US$69 bilion.
Di dalam negara, saham wajaran tinggi Bursa - CIMB dan Sime Darby masing-masing menambah empat sen kepada RM5.73 dan RM2.22. Maybank, Genting dan AmBank, kesemuanya meningkat dua sen, masing-masing mencatatkan harga RM8.86, RM4.23 dan RM3.68.
Bagi saham aktif, Sapura Energy, Tanco dan SMTrack, masing-masing tidak berubah pada harga enam sen, 23 sen dan tiga sen sementara Alam Maritim dan KNM naik setengah sen kepada 3.5 sen dan 11 sen.
Di papan indeks, Indeks FBMT 100 memperoleh 15.74 mata kepada 10,391.46, Indeks FBM Emas menambah 16.44 mata menjadi 10,716.90, Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 4.36 mata kepada 10,943.63.
Indeks FBM 70 mengembang 32.71 mata kepada 14,184.26 tetapi Indeks ACE FBM menyusut 3.11 mata kepada 5,161.45.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 33.05 mata kepada 16,270.47, Indeks Tenaga menokok 9.82 mata pada 891.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.05 mata kepada 172.29 dan Indeks Perladangan naik 11.33 mata kepada 6,976.530.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.83 mata kepada 1,451.41 daripada penutupan Khamis pada 1,449.58, selepas dibuka 0.49 mata lebih rendah pada 1,449.09. -Gambar fail/Bernama
Sidang Kemuncak ASEAN dijangka bawa pelaburan RM300 bilion
Sidang kemuncak Asean ke-46 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dijangka menjadi pemangkin pelaburan asing ke malaysia, dengan nilai limpahan mencecah lebih RM 300 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Produktiviti buruh setiap jam meningkat 1.0 peratus pada S1 2025
Produktiviti buruh malaysia bagi setiap jam bekerja mencatat peningkatan 1.0 peratus kepada RM42.50 sejam pada suku pertama 2025, menurut laporan terbaharu jabatan perangkaan Malaysia.
Petronas tetap perlu mohon pemberitahuan pengecualian
Deklarasi persetujuan antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berkaitan industri minyak dan gas pada rabu menyaksikan sarawak beri pengecualian lesen pengoperasian aktiviti gas kepada Syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) di wilayah berkenaan.

SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Lapan kertas siasatan baharu dibuka dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

Tempoh lanjutan perkhidmatan Tengku Maimun akan diteliti - PM Anwar
Kerajaan sedang mempertimbang untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Rapat AMK jadi medium suara, pengisian calon
Rapat Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia 2025 menjadi medium suara dan pengisian 72 calon ahli majlis pimpinan AMK pusat yang bertanding dalam Pemilihan Kongres Nasional PKR, di Johor Bahru, pagi Jumaat

Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi
Pasukan bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
[TERKINI] SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata proses rakaman percakapan itu akan diambil dalam tempoh dua minggu ini kerana individu terbabit kini menetap di Indonesia.

APAD disaran batal lesen syarikat pengangkutan yang bermasalah - JPJ
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) disaran untuk membatalkan lesen pengendali mana-mana syarikat pengangkutan yang gagal memastikan kenderaan mereka selamat untuk beroperasi di atas jalan raya.

SPRM akan rakam keterangan bekas menantu Ismail Sabri di Indonesia
SPRM akan memanggil Datuk Jovian Mandagie, bekas menantu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri berkenaan.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.99 mata atau 0.32 peratus kepada 1,539.81 daripada 1,544.80 pada Rabu.

FBM KLCI teruskan penurunan hari kelima berturut-turut
FBM KLCI meneruskan penurunan pada hari kelima berturut-turut pada Rabu sekali gus memperlihatkan sentimen mengelakkan risiko yang semakin ketara di seluruh pasaran ekuiti Malaysia.

Bursa Malaysia bercampur-campur pada sesi awal dagangan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.28 mata atau 0.15 peratus kepada 1,551.15 daripada 1,548.87 di akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Selasa dengan bercampur-campur berikutan ketiadaan pemangkin baharu dan seiring prestasi pasaran serantau yang menguncup.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin, mencerminkan prestasi suram di seluruh Asia berikutan data ekonomi China yang lemah dan penurunan penarafan kredit berdaulat Amerika Syarikat baru-baru ini.

CFO Bursa Malaysia Rosidah Baharom letak jawatan
Rasmona Abdul Rahman, naib presiden eksekutif kewangan kumpulan dan perkhidmatan korporat, akan menyandang jawatan pemangku CFO.

Untung bersih Maxis naik kepada RM371 juta suku pertama 2025
Keuntungan bersih Maxis bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2025 meningkat kepada RM371.0 juta daripada RM353.0 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam dua bulan, dipacu pemulihan sentimen perdagangan
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.32 peratus atau 35.89 mata kepada 1,582.39 daripada 1,546.50 ketika ditutup pada Jumaat.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 21.65 mata atau 1.40 peratus kepada 1,568.15 daripada 1,546.50 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring dengan pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 peratus atau 3.76 mata kepada 1,546.50 daripada 1,542.74 semasa ditutup semalam.