KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini tinggi sedikit menjelang keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
Pada 9.21 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 0.81 mata untuk mencatatkan paras 1,393.30 berbanding 1,392.49 pada penutup Selasa.
Indeks utama dibuka pada 1,392.38, susut sedikit 0.11 mata.
Pergerakan pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 192 berbalas 164, manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,630 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 327.70 juta unit bernilai RM129.37 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan sentimen pasaran akan kekal berhati-hati menjelang keputusan OPR, walaupun BNM diunjur mengekalkan kadar pada paras semasa.
"Oleh itu, kami meramalkan indeks bergerak dalam julat 1,390-1,400 hari ini dengan menjangkakan minat dalam sektor kewangan dan telekomunikasi," katanya kepada Bernama.
Thong berkata menaikkan OPR akan memberi kesan negatif kepada pasaran saham kerana kos menjalankan perniagaan akan meningkat disebabkan oleh kadar faedah yang lebih tinggi, manakala OPR yang lebih rendah secara tidak langsung akan membantu meningkatkan prestasi pasaran saham.
Sementara itu, dalam nota penyelidikan semalam, OCBC Bank menjangka BNM mengekalkan OPR pada tiga peratus di tengah-tengah momentum pertumbuhan yang perlahan dan tekanan inflasi yang semakin mereda.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing menambah satu sen kepada RM8.71 dan RM3.92, CIMB turun dua sen menjadi RM5.18 manakala Tenaga Nasional dan IHH Healthcare tidak berubah pada harga RM9.13 dan RM5.83.
Bagi saham aktif, Parkson peroleh 2.5 sen kepada 21.5 sen, Ahmad Zaki meningkat setengah sen kepada 25.5 sen, Naim Holdings turun 1.5 sen kepada 87 sen sementara BTM Resources dan Tanco kekal, masing-masing pada sembilan sen dan 51.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.64 mata kepada 10,266.46, Indeks FBMT 100 naik 6.71 mata menjadi 9,962.51 dan Indeks FBM ACE menambah 14.35 mata kepada 5,109.22.
Indeks FBM 70 turut peroleh 13.20 mata kepada 13,544.30 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 10 mata kepada 10,540.38.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 17.22 mata kepada 15,500.39, Indeks Tenaga memperoleh 3.25 mata untuk mencatatkan paras 795.66, Indeks Perladangan menokok 3.32 mata kepada 6,833.06 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.30 mata kepada 159.10.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Pada 9.21 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memperoleh 0.81 mata untuk mencatatkan paras 1,393.30 berbanding 1,392.49 pada penutup Selasa. -Gambar fail/Bernama
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.