awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli

Bernama
Bernama
15/12/2024
06:48 MYT
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 33 tahun ditahan kira-kira 3.20 pagi semalam selepas mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
KUANTAN: Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial di Pekan Ringlet, Cameron Highlands.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 33 tahun itu ditahan kira-kira 3.20 pagi semalam selepas mangsa membuat laporan polis pada Jumaat lepas, pukul 3.47 pagi.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa telah berkenalan dengan suspek di ‘Aps Dating’ dan telah dibawa suspek dengan menaiki kenderaan Proton Wira untuk 'berjalan-jalan' dan mangsa kemudian telah dibawa ke Kedah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang dirogol di dalam kereta ditinggalkan di sebuah lorong dan telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke balai polis.
"Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut," katanya.
Kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai agar tidak mengambil sebarang tindakan menyalahi undang-undang serta tidak menimbulkan sebarang spekulasi mengenai insiden tersebut,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gadis Orang Asli
#rogol
#Cameron Highlands
#aplikasi cari jodoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan