KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Jumaat berikutan sentimen yang lebih baik, dicetuskan oleh pergerakan rancak Wall Street semalaman berikutan langkah menyelamat secara bersama First Republic Bank oleh beberapa bank besar AS, kata seorang penganalisis.
Pada 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis.
Pasaran pagi ini dibuka pada paras 1,397.28, mengukuh 5.68 mata.
Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 304 berbanding 74, manakala 197 kaunter tidak berubah, 1,690 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 292.66 juta unit bernilai RM140.87 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street pulih apabila langkah menyelamatkan Credit Suisse Group AG dan First Republic Bank meredakan kebimbangan mengenai krisis perbankan yang semakin teruk walaupun Bank Pusat Eropah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas lagi .
Sementara itu, banyak pihak menjangkakan Rizab Persekutuan AS mungkin mengambil sikap kurang agresif dalam menaikkan kadar faedah minggu depan, tambahnya.
"Sehubungan itu, ini mendorong Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 372 mata manakala Nasdaq melonjak 283 mata apabila hasil 10 tahun AS lebih tinggi kepada 3.58 peratus.
"Di pasaran domestik, pemulihan akan berlaku dan ia didorong oleh prestasi positif Wall Street. Oleh itu, kami mengunjurkan indeks akan berlegar dalam julat 1,390-1,405 hari ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa Malaysia - Maybank naik 10 sen kepada RM8.36, Public Bank menambah empat sen menjadi RM3.97, CIMB dan TNB masing-masing naik tujuh sen kepada RM5.22 dan RM9.42, manakala Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.99.
Bagi saham aktif pula, Top Glove, Minda Global dan Vinvest Capital masing-masing naik satu sen kepada 84.5 sen, 12.5 sen dan 23 sen.
Hong Seng Consolidated turun setengah sen kepada 14.5 sen dan Careplus tidak berubah pada 27 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 77.96 mata kepada 10,259.13, Indeks FBMT 100 naik 76.11 mata menjadi 9,954.25 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 65.20 mata kepada 10,546.47.
Sementara itu, Indeks FBM 70 meningkat 89.00 mata kepada 13,220.53 dan Indeks FBM ACE menokok 72.90 mata kepada 5,263.67.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 143.10 mata kepada 15,496.99, Indeks Perladangan meningkat 38.05 mata kepada 6,719.43, Indeks Tenaga memperoleh 4.38 mata kepada 817.75, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.79 mata kepada 168.47.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Pada 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis. -Gambar fail/Bernama

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Bursa Malaysia tinggi, seiring prestasi positif Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman.

Bursa Malaysia dibuka rendah disebabkan kegiatan pengambilan untung
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini apabila aktiviti pengambilan untung ke atas saham-saham mewah muncul.

Dagangan bursa meningkat pada sesi awal urus niaga, sentimen bertambah baik
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.4 mata kepada 1,413.49 daripada 1,409.09 semalam selepas dibuka rendah pada paras 1,407.48, turun 1.61 mata.

Bursa Malaysia meningkat didorong prestasi positif semalaman Wall Street
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 6.06 mata kepada 1,402.66 berbanding 1,396.60 penutup Isnin.

Jualan bersih dana asing berkurangan dengan aliran keluar RM107.1 juta
Pelabur asing mencatatkan jualan bersih bernilai RM107.1 juta saham di Bursa Malaysia -- lebih rendah berbanding jumlah jualan bersih RM536.0 juta pada minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia melantun semula didorong kegiatan memburu saham murah
Pada 9.09 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.2 mata kepada 1,402.90 berbanding 1,399.70 pada penutupan urus niaga Jumaat lepas.

Konsortium Transnasional peroleh kontrak PR1MA bernilai RM153.09 juta
Kerja-kerja berkaitan dijangka bermula dari Julai 2023 dan siap menjelang Jun 2026.

Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian, CI merosot 0.8 peratus
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.28 mata kepada 1,399.70, iaitu pada paras terendah hari ini berbanding 1,410.98 sewaktu ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia dapat kurangkan penurunan awal apabila ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia dapat mengurangkan sebahagian besar penurunan awalnya secara berturut-turut apabila ditutup rendah sedikit sebanyak 0.08 peratus pada Khamis.

TNB lantik Abdul Razak Majid sebagai pengerusi
Lembaga pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB) meluluskan pelantikan Datuk Abdul Razak Abdul Majid sebagai pengerusi syarikat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 27 Mac, 2023.