KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun semalam apabila pasaran serantau ditutup bercampur-campur, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.27 mata kepada 1,633.81 daripada 1,633.54 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.16 mata lebih tinggi pada 1,633.70 dan kemudian bergerak antara 1,627.93 dan 1,634.24 sepanjang sesi dagangan.
Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 727 berbanding 499, dengan 503 kaunter tidak berubah, 719 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan naik kepada 5.49 bilion unit bernilai RM4.22 bilion daripada 5.28 bilion unit bernilai RM3.87 bilion pada Rabu.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata sentimen keseluruhan terhadap pasaran Malaysia kekal kukuh.
"Tambahan pula, sementara indeks utama Asia ditutup bercampur-campur hari ini, rantau ini menunjukkan daya tahan walaupun terdapat kebimbangan geopolitik berikutan komen mengenai Taiwan oleh bekas Presiden Donald Trump dan potensi perubahan dasar daripada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden," katanya.
Sentimen lemah dalam bursa tempatan juga dipengaruhi oleh prestasi bercampur-campur pasaran Asia yang lain apabila pelabur memantau perkembangan global.
Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.22 peratus kepada 17,778.41, Indeks Komposit Jakarta Indonesia melonjak 1.34 peratus kepada 7,321.07, Indeks Straits Times Singapura merosot 0.53 peratus kepada 3,471.16 dan Nikkei Jepun turun 2.36 peratus kepada 40,126.35.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM10.10, Public Bank naik lapan sen kepada RM4.25, CIMB dan Petronas Chemicals naik satu sen masing-masing kepada RM7.15 dan RM6.04, YTL Corp tidak berubah pada RM3.60, TNB turun enam sen kepada RM14.44, IHH Healthcare merosot satu sen kepada RM6.34 dan Press Metal berkurangan 49 sen kepada RM5.50.
Bagi saham aktif, Hubline dan Ekovest melonjak dua sen masing-masing kepada 10 sen dan 57.5 sen, JAKS pada 1.5 sen kepada 19 sen, Nova MSC meningkat tiga sen kepada 22.5 sen, MYEG jatuh lima sen kepada RM1, SNS Network berkurangan satu sen kepada 91 sen dan Bumi Armada menguncup 0.5 sen kepada 56.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 1.99 mata kepada 12,676.42, Indeks FBMT 100 naik 1.02 mata kepada 12,246.68, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 33.63 mata kepada 13,053.29, Indeks FBM 70 menguncup 2.09 mata kepada 18,976.70 dan Indeks FBM ACE berkurangan 3.12 mata kepada 5,999.10.
Dari segi sektor, Indeks Perladangan turun 26.69 mata kepada 7,101.40, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 65.06 mata kepada 18,000.23, Indeks Tenaga merosot 0.12 mata kepada 972.26 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 3.96 mata kepada 196.83.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.20 bilion unit bernilai RM3.73 bilion daripada 3.07 bilion unit bernilai RM3.42 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran naik kepada 1.53 bilion unit bernilai RM199.72 juta daripada 1.27 bilion juta unit bernilai RM145.98 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 760.02 juta saham bernilai RM288.77 juta daripada 940.04 juta saham bernilai RM312.69 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 480.24 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (539.52 juta), pembinaan (456.52 juta), teknologi (438.20 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (96.06 juta), hartanah (351.31 juta), perladangan (37.80 juta), REIT (19.15 juta), dana tertutup (66,000), tenaga (197.0 juta), penjagaan kesihatan (93.79 juta), telekomunikasi dan media (40.80 juta), pengangkutan dan logistik (363.89 juta), utiliti (80.05 juta) dan amanah perniagaan (888,000).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.16 mata lebih tinggi pada 1,633.70 dan kemudian bergerak antara 1,627.93 dan 1,634.24 sepanjang sesi dagangan. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.