KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street, kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.63 mata kepada 1,601.59 daripada paras penutup 1,597.96 semalam.
Indeks penanda aras itu dibuka menokok 1.64 mata kepada 1,599.60.
Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 297 berbanding 119 dengan 334 kaunter tidak berubah, 1,655 tidak diniagakan dan sembilan digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 291.86 juta unit bernilai RM166.90 juta.
Selain itu, angka Purata Perindustrian Dow Jones naik 162 mata manakala Nasdaq melonjak 149 mata dengan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS susut sedikit kepada 4.436 peratus.
Di peringkat domestik, Thong berkata jumlah pembeli dan dagangan terus positif dan mencecah lima bilion saham.
"Pada hari ini misalnya, kami menjangkakan indeks itu berkemungkinan bergerak dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 berikutan aktiviti memburu saham-saham berharga rendah yang dijangka berterusan," katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada RM9.99 dan RM14.0. Public Bank dan IHH Healthcare meraih satu sen masing-masing kepada RM4.05 dan RM6.31 manakala CIMB menokok tiga sen kepada RM6.91.
Bagi kaunter paling aktif, Go Hub naik 44.5 sen kepada 79.5 sen, WCT meraih tiga sen kepada 92 sen manakala Velesto dan Reservoir naik setengah sen masing-masing pada 28 sen dan 36 sen.
UUE Holdings pula susut setengah sen kepada 69 sen.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 39.16 mata kepada 12,351.90, Indeks FBMT 100 menokok 37.71 mata kepada 11,922.03 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 42.95 mata kepada 12,692.12.
Indeks FBM 70 melonjak 96.70 mata kepada 18,171.43 dan Indeks FBM ACE naik 11.20 mata kepada 5,897.22.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.05 mata kepada 17,577.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.62 mata kepada 197.76, Indeks Tenaga menambah 4.72 mata kepada 984.85 manakala Indeks Perladangan meningkat 9.64 mata kepada 6,995.51.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.63 mata kepada 1,601.59 daripada paras penutup 1,597.96 semalam.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.