KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan keuntungan yang diraih semalam, menyaksikan dagangan dibuka dalam zon positif, disokong oleh minat belian yang berterusan seiring dengan sentimen menggalakkan dalam pasaran serantau, kata seorang peniaga.
Pada 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.02 mata kepada 1,442.0 daripada 1,436.98 penutup Rabu.
Indeks utama itu memulakan urus niaga pada 1,441.60, iaitu 4.18 mata lebih tinggi.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 181 berbalas 82, manakala 208 kaunter tidak berubah, 1,817 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 247.02 juta unit bernilai RM54.08 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd menerusi nota penyelidikannya hari ini, pelabur dijangka menyaksikan pergerakan perdagangan yang positif di bursa tempatan berikutan lanjutan pemulihan Wall Street, disokong oleh aktiviti memburu saham berharga murah yang ketara sejak beberapa minggu lepas.
"Bagi komoditi, penanda aras minyak mentah Brent masih diniagakan melebihi paras US$100 iaitu pada sekitar US$106-US$107, manakala harga minyak sawit mentah (MSM) sedikit berubah pada paras RM3,900.
"Namun begitu, kami mengunjurkan harga MSM akan terus tertekan pada separuh kedua 2022 selepas kerajaan Indonesia meningkatkan eksport," katanya.
Firma pembrokeran itu turut menyatakan aktiviti dagangan dalam sektor teknologi dijangka terus meningkat apabila Nasdaq mempamerkan satu lagi sesi positif susulan pengeluaran laporan pendapatan oleh beberapa syarikat korporat.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.67, Public Bank menambah satu sen menjadi RM4.44, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM8.57, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.46 dan CIMB Group lebih tinggi sebanyak empat sen pada RM5.13.
Bagi saham aktif, Bintai Kinden Corporation, Vinvest Capital Holdings dan ARB masing-masing meningkat setengah sen kepada 12.5 sen, 17.5 sen dan 11.5 sen, manakala MMAG Holdings dan MQ Technology tidak berubah, masing-masing pada lima sen dan 3.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 34.14 mata kepada 10,234.11, Indeks FBM Emas Syariah meraih 26.32 mata menjadi 10,325.73 manakala FBM 70 naik 39.71 mata kepada 12,270.74.
Indeks FBMT 100 turut peroleh 34.21 mata kepada 9,993.35 dan FBM ACE mengukuh 13.91 mata menjadi 4,702.33.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 16.04 mata kepada 6,805.30, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 82.78 mata kepada 16,149.64, Indeks Tenaga meningkat 3.12 mata menjadi 634.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.04 mata kepada 173.91.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022

Bursa Malaysia meneruskan keuntungan yang diraih semalam, menyaksikan dagangan dibuka dalam zon positif. -Gambar fail/Bernama

Penemuan puluhan bangkai kucing: Suspek seorang penyayang, pencinta haiwan - Jiran
Lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan puluhan bangkai kucing di Cheras dilihat sebagai seorang individu penyayang dan pencinta haiwan peliharaan itu.

Bazar Jalan Pantai meriah seawal jam 2 petang
Bazar Jalan Pantai, Sandakan meriah seawal jam 2 petang dibanjiri pengunjung pelbagai kaum dan agama. Selain menjual pelbagai juadah, tahap kebersihan bazar ini sangat memuaskan.

4,486 fakir dalam senarai TBS
Lebih 4,000 penerima bantuan sara hidup yang dikategorikan sebagai fakir disenaraikan dalam sistem pengkalan data Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan layak terima bantuan Aidilfitri.

Jaga kebajikan, KPWKM kaji kerjasama bersama KKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji penambahbaikan Akta Orang Papa 1997 termasuk aspek kerjasama dengan KKM.

Sasar 100 pain darah bantu kekurangan darah hospital Tawau
Kempen derma darah dianjurkan Gereja Saint Patrick Tawau bagi membantu Hospital Tawau dengan kekurangan darah sempena bulan Ramadan.

RM107.43 juta diperuntuk untuk bina kompleks OKU, warga tua
Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM100 juta kepada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am bagi memenuhi keperluan golongan OKU dan warga tua.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Industri pembuatan songkok masih releven
Industri pembuatan songkok di Kuching masih releven dan menjanjikan pulangan memberangsangkan. Pengusaha, Siti Mariam usahakan legasi ibu mertuanya sebagai sumber pendapatan sampingan.

Aplikasi jejak Asnaf TBS bantu salur bantuan lebih efektif
Guna aplikasi Jejak Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak bagi bantu lebih ramai yang memerlukan. Aplikasi itu dapat meningkatkan produktiviti serta kecekapan penyaluran bantuan kepada golongan sasar.

AWANI Ringkas: Sultan Johor cadangkan tanah-tanah orang Asli di Johor dijadikan tanah kesultanan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Konsortium Transnasional peroleh kontrak PR1MA bernilai RM153.09 juta
Kerja-kerja berkaitan dijangka bermula dari Julai 2023 dan siap menjelang Jun 2026.

Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian, CI merosot 0.8 peratus
Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 11.28 mata kepada 1,399.70, iaitu pada paras terendah hari ini berbanding 1,410.98 sewaktu ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia dapat kurangkan penurunan awal apabila ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia dapat mengurangkan sebahagian besar penurunan awalnya secara berturut-turut apabila ditutup rendah sedikit sebanyak 0.08 peratus pada Khamis.

TNB lantik Abdul Razak Majid sebagai pengerusi
Lembaga pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB) meluluskan pelantikan Datuk Abdul Razak Abdul Majid sebagai pengerusi syarikat bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 27 Mac, 2023.

Bursa Malaysia dibuka rendah, prestasi Wall Street turut lemah
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI susut 3.73 mata kepada 1,408.31 daripada penutup Rabu pada paras 1,412.04.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.19 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI menambah 4.78 mata kepada 1,411.33 daripada 1,406.55 sewaktu ditutup pada Selasa, selepas dibuka meningkat 2.05 mata kepada 1408.60.

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 9.83 mata atau 0.70 peratus kepada 1,401.90 daripada 1,411.73 pada penutupan urus niaga Jumaat.

Nama Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia disalah guna di Facebook
Bursa Malaysia menegaskan laman Facebook itu tiada kaitan dengan Muhamad Umar dan langkah telah diambil untuk memadamnya.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar pergerakan rancak Wall Street
Pada 9.10 pagi, penanda aras FBM KLCI menokok 11.13 mata kepada 1,402.73 daripada 1,391.60 penutup Khamis.

Bursa Malaysia nafi keluarkan komunikasi pelaburan melalui WhatsApp
Bursa Malaysia Bhd hari ini menafikan yang ia mengeluarkan sebarang komunikasi berkaitan pelaburan di aplikasi WhatsApp.