Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: SPR teliti implikasi perundangan jika GPS raih majoriti mudah esok - Ramlan

Petugas urus setia melakukan persiapan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon sempena PRN Sarawak ke-13 di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Taman Sukma, Kuching, malam tadi.  -- fotoBERNAMA
Petugas urus setia melakukan persiapan bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon sempena PRN Sarawak ke-13 di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Taman Sukma, Kuching, malam tadi. -- fotoBERNAMA
Advertisement

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pengesahan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung implikasi perundangan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 esok.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata aspek berkenaan masih dalam penelitian AGC bagi memastikan sebarang tindakan atau keputusan mematuhi peraturan pilihan raya sedia ada.

Beliau berkata berdasarkan peraturan semasa, semua proses pilihan raya yang ditetapkan perlu diteruskan, manakala sebarang pengumuman berhubung dengan isu itu hanya akan dibuat selepas SPR memperoleh pengesahan pihak berkaitan.

Advertisement

“Saya sudah minta perkara ini disemak dengan pihak AGC dan perkara ini masih lagi dalam semakan. Ada peraturan-peraturan berkaitan yang perlu kita patuhi.

“Kalau berdasarkan peraturan sedia ada, kita kena lihat semua proses pilihan raya ini terpaksa juga dijalankan, mesti dijalankan dan sebarang pengumuman akan dibuat selepas itu,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau persiapan hari penamaan calon PRN Sarawak ke-13 di Pusat Penamaan Calon N.07 Samariang di Dewan Serbaguna Taman Sukma di sini, hari ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement