Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yakin pertumbuhan nilai eksport produk dan perkhidmatan syarikat tempatan melalui firma logistik China Post ke pasaran besar China akan berkembang meluas pada masa akan datang.
Menurut Pengerusi MATRADE, Tan Sri Halim Mohammad, pakatan yang baik antara kedua-dua negara akan meluaskan lagi jaringan capaian produk Malaysia di seluruh pasaran dalam dan luar negara, serta atas talian, yang dimiliki China Post.
“Bagi Wilayah di China yang tiada pelabuhan, China Post boleh jadi platform logistik utama membawa masuk produk kita.
"Pembekal serta pembeli China boleh bawa barangan buatan Malaysia bukan saja ke China tapi boleh juga menembusi pinggir Mongolia dan Russia melalui jalan darat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Astaka Malaysia dan ‘City of Charm’ di Ekspo ASEAN-China kali ke-16 (CAEXPO) 2019 di sini, pada Jumaat.
Ekspo yang menyaksikan 167 pengusaha kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka itu berlangsung dari 21 hingga 24 Sept.
Penyertaan Malaysia bertujuan meningkatkan akses syarikat-syarikat tersebut bukan sahaja ke China, tetapi juga ke ASEAN dan negara-negara lain, yang terletak di sepanjang laluan Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI).
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ignatius Darell Leiking yang mengetuai delegasi ke ekspo itu berkata, China Post telah setuju menawarkan untuk mempromosi produk Malaysia di 31 wilayah di China.
“Ini perkara yang bagus kerana kita tidak perlu mengeluarkan dana yang banyak untuk promosi. Mereka membantu kita untuk promosi kerana mereka percaya dengan produk kita.
“Apabila mereka mempercayai produk kita, kita telah sampai ke tahap yang lain, namun satu perkara perlu dititikberatkan, iaitu pengeluar produk kita perlu pastikan produk berkualiti, sekali gus mendapat kepercayaan seluruh 1.4 masyarakat China,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Pagawai Eksekutif MATRADE Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata, China Post di wilayah Guangxi menawarkan laluan kepada barangan Malaysia untuk dipasarkan ke seluruh China.
Menurutnya, dengan kerjasama Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP), ia banyak memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
“Kalau dulu, MATRADE fokus kepada bandar yang mempunyai pasaran tahap pertama seperti Shanghai, Guangzhou dan Beijing, tetapi sekarang ini kita hendak besarkan lagi pasaran itu kepada pasaran tahap kedua dan ketiga, seperti di Nanning, Chendu dan yang lain-lain.
"Inilah yang dilihat MATRADE sekarang,” tambah Wan Latiff.
Pertumbuhan import eksport hab logistik e-dagang Malaysia-China mencapai 32.57 peratus, dengan jumlah peningkatan sebanyak RM21 juta setakat Ogos tahun ini, berbanding RM16 juta tahun lalu bagi tempoh yang sama.
Menurut kenyataan China Post Guangxi, nilai import ke negara berkenaan berjumlah RM6 juta, manakala eksportnya RM19 juta masing-masing bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Pada 2017, Malaysia menandatangani Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MoU) antara China Post Guangxi Zhuang Autonomous Region Branch dan KCO Logistics and Distribution Services Sdn Bhd.
China Post adalah firma penghantaran milik kerajaan China yang sangat berpengaruh dalam e-dagang kerana memiliki jaringan lebih 600 ribu di seluruh negara itu.
Afiezy Azaman
Fri Sep 20 2019
Penyertaan dalam CAEXPO 2019 bertujuan meningkatkan akses syarikat-syarikat Malaysia ke bukan sahaja China, tetapi ASEAN dan negara-negara lain, yang terletak di sepanjang laluan Inisiatif Jalur dan Jalan. - Astro AWANI
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CAEXPO 2019: Capaian produk tempatan diperluas ke pasaran tahap kedua, ketiga China
Pakatan yang baik antara kedua-dua negara akan meluaskan lagi jaringan capaian produk Malaysia di seluruh pasaran dalam dan luar negara, serta atas talian, yang dimiliki China Post.