Penyertaan Malaysia dalam pameran perdagangan China ASEAN (CAEXPO) ke-13, yang memasuki edisi ketiga tahun ini, merupakan antara strategi Malaysia bagi mengukuhkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara.
Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Wan Latiff Wan Musa berkata CAEXPO merupakan antara acara terbesar di negara yang mempunyai pasaran 1.3 bilion penduduk itu.
"Nanning yang terletak di bahagian barat China, merupakan bandar tahapketiga di China.
"Kita melihat bahawa terdapat potensi perdagangan yang luas dengan bandar ini, di samping kerjasama perdagangan dengan bandar tahap pertama seperti Shanghai, Beijing, Guangzhou dan Shenzhen dan bandar tahap kedua seperti Xiamen, Chong Qing dan Nanjing," katanya kepada media pada hari kedua CAEXPO.
Menurut Wan Latiff, sambutan yang diperoleh daripada pengunjung ekspo tersebut juga semakin besar, dan oleh itu Malaysia tidak boleh terlepas daripada menyertainya.
Beliau juga berkata penyertaan syarikat Malaysia juga turut bertambah, sekali gus membuktikan permintaan barangan dan perkhidmatan yang lebih besar di negara ini.
Selain CAEXPO, strategi lain Malaysia untuk memasuki pasaran China ialah menerusi inisiatif 'satu jalur satu laluan', yang diperkenalkan kerajaan China, bagi meningkatkan perdagangan antara China dan negara di sepanjang laluan sutera, dari China ke Asia Tengah dan berakhir di Eropah.
"Kita juga mempunyai kerjasama dalam Laluan Sutera Maritim ke-21 yang mempromosikan perdagangan di sepanjang laluan laut dari China sehingga ke Afrika dan Eropah.
"Kita turut menggalakkan syarikat untuk mengaplikasikan platform dalam talian bagi memperluaskan perniagaan mereka di pasaran antarabangsa," katanya dan menambah bahawa Matrade telah menyediakan platform e-dagang bagi membimbing peniaga tempatan menerusi menggunakan platform terbabit.
e-Dagang ialah program yang dilaksanakan oleh Matrade bagi menggalakkan penggunaan e-dagang dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk menembusi pasaran eksport dalam pasaran utama antarabangsa.
Jumlah dagangan antara Malaysia dan China bernilai RM230 bilion pada tahun lepas, iaitu kira-kira 15 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia.
Bernama
Mon Sep 12 2016
Penyertaan Malaysia dalam CAEXPO merupakan antara strategi bagi mengukuhkan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara. - Foto Twitter Beautiful Guangxi
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Proton meterai perjanjian baharu dengan smart Automobile di China
Perjanjian tersebut dimeterai tepat 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen serupa tahun lepas.
PM Anwar akan hadir CAEXPO ke-20 di Nanning
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengetuai delegasi untuk menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20 di Nanning, China, pada 17 Sept.
CAEXPO 2019: Malaysia catat nilai jualan RM678 juta
Tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM31.71 juta turut ditandatangani antara syarikat Malaysia dan pengimport China
CAEXPO 2019: Nilai jualan produk Malaysia catat rekod RM652 juta
Khairul Annuar Abdul Halim berkata jumlah itu dijangka akan meningkat pada hari terakhir hari ini.
CAEXPO 2019: Produk makanan Malaysia paling digemari pembeli China
Sedap, berkualiti dan harga berpatutan antara reaksi pengguna China terhadap produk Malaysia yang dipamerkan di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 di Nanning.
CAEXPO 2019 : PKS nikmati jualan tinggi, kenal pasti potensi rakan niaga China
Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2019 memperoleh reaksi positif mengenai produk tempatan daripada masyarakat di Nanning, China.
China komited bantu negara ASEAN capai ekonomi mampan
China menyatakan komitmen yang tinggi untuk membantu negara ASEAN mengembangkan lagi ekonomi serantau melalui pasaran besarnya.
Persiapan PKS menjelang CAEXPO 2019 capai 90 peratus - MATRADE
Terdapat lebih 600 PKS dari seluruh negara yang mahu menyertai CAEXPO 2019, namun pihaknya hanya memilih 167 syarikat yang dilihat berpotensi untuk dibawa menyertai program tersebut.
CAEXPO bantu lebih 1,700 PKS tembusi pasaran besar China
Lebih 1,700 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia telah berjaya menembusi pasaran besar China melalui pameran Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) sejak dianjurkan pada 2004.
CAEXPO: Malaysia catat rekod jualan RM639.99 juta
Sektor kesihatan dan kecergasan antara penyumbang terbesar kepada kenaikan kadar jualan sehingga RM372.21 juta berbanding RM119.22 juta tahun sebelumnya.