awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AFCON: Tuan rumah tamatkan peringkat kumpulan dengan kemenangan bergaya
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Pemuda PN tuntut konsensus penuh susulan peletakan jawatan Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Capital A lanjut tarikh akhir lupus unit penerbangan kepada 31 Okt, 2025

Bernama
Bernama
29/09/2025
20:50 MYT
Capital A lanjut tarikh akhir lupus unit penerbangan kepada 31 Okt, 2025
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Isnin, Capital A berkata tarikh lanjutan baharu itu telah dipersetujui bersama dengan AAX di bawah perjanjian jual beli masing-masing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Capital A Bhd melanjutkan tarikh akhir untuk menyelesaikan cadangan pelupusan AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL) dan AirAsia Bhd (AAB) kepada 31 Okt, 2025, bagi memberi masa tambahan untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa dan pembiaya yang berkaitan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat pegangan jenama AirAsia itu berkata tarikh lanjutan baharu itu yang sebelum ini pada 30 Sept, 2025, telah dipersetujui bersama dengan AirAsia X Bhd (AAX) di bawah perjanjian jual beli masing-masing.
"Ini bagi memberi masa tambahan kepada syarikat dan AAX untuk antara lain, mendapatkan kelulusan dan persetujuan daripada Panel Pengambilalihan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand, pembiaya, pemberi pinjaman dan pihak-pihak ketiga.
"Ia juga bagi membolehkan AAX memuktamadkan terma dengan pelabur yang dikenal pasti berhubung cadangan penempatan persendirian sebelum penyelesaian," katanya.
Ia menambah semua terma dan syarat lain dalam perjanjian berkenaan kekal tidak berubah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Capital A
#AirAsia
#pelupusan
#perjanjian jual beli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan