awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Soraya Borhan juara Penyampai Emas SINAR 2026
Polis tahan warga emas disyaki terlibat kes kematian anjing liar
Agong berkenan rasmi penyempurnaan pemuliharaan BSAS Fasa 1

Carlo Rino cadang pindah ke Pasaran Utama menjelang separuh kedua 2026

Bernama
Bernama
31/01/2026
00:30 MYT
Carlo Rino cadang pindah ke Pasaran Utama menjelang separuh kedua 2026
Cadangan pemindahan ke Pasaran Utama Bursa merupakan peristiwa penting bagi Kumpulan Carlo Rino, mencerminkan strategi yang telah dibina dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang kukuh. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Carlo Rino Group Bhd bercadang untuk memindahkan status penyenaraiannya dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Ringkasan AI
  • Carlo Rino Group Bhd merancang memindahkan status penyenaraian dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia menjelang separuh kedua tahun 2026.
  • Keputusan pemindahan itu disokong oleh prestasi kewangan kukuh, dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM15.7 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan agregat keuntungan sebanyak RM58.8 juta dalam tiga tahun sebelumnya.
  • Pengarah Urusan Kumpulan Carlo Rino, Datuk Seri Chiang Fong Yee, menyatakan bahawa langkah ini akan memperkasakan reputasi syarikat dan meningkatkan keyakinan pelabur serta pihak berkepentingan.

Dalam satu kenyataan, peruncit fesyen pantas kontemporari itu berkata cadangan pemindahan itu dijangka siap menjelang separuh kedua tahun 2026.
"Cadangan pemindahan itu mencerminkan prestasi kewangan Carlo Rino yang kukuh dan kedudukan kewangan yang lebih baik, apabila ia merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM15.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025.
"Selain itu, ia turut mencapai agregat PAT sebanyak RM58.8 juta sepanjang tiga tahun kewangan yang lepas.
"Sehingga 30 Jun 2025, Carlo Rino berjaya mengekalkan lembaran imbangan yang kukuh dengan RM98.2 juta dalam bentuk tunai dan dana jangka pendek, nisbah semasa yang tinggi sebanyak 9.4 kali ganda, nisbah tahap kadar hutang yang rendah sebanyak 0.04 kali ganda, dan aliran tunai operasi yang positif sepanjang tiga tahun kewangan yang lepas," katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan Carlo Rino Datuk Seri Chiang Fong Yee berkata peralihan kepada Pasaran Utama mewakili perkembangan semula jadi dalam pertumbuhannya, memandangkan ia telah berkembang dari Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.
Beliau berkata cadangan pemindahan tersebut merupakan peristiwa penting bagi kumpulan itu, mencerminkan strategi yang telah dibina dari semasa ke semasa dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang kukuh.
"Kami percaya langkah ini akan mengukuhkan lagi kredibiliti dan reputasi kami dalam kalangan lebih ramai pelabur, termasuk pelabur institusi, sambil meningkatkan keyakinan semua pihak berkepentingan apabila kami mengambil tempat di Pasaran Utama Bursa Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, TA Securities Holdings Bhd telah dilantik sebagai penasihat utama bagi cadangan pemindahan tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Carlo Rino
#pasaran utama
#Bursa Malaysia
#Pasaran ACE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.