awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit melonjak ke paras tertinggi sejak awal Mac 2021
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cawangan IKEA terbesar di Asia Tenggara beroperasi hari ini

Isabelle Leong
Isabelle Leong
16/11/2017
08:47 MYT
Cawangan IKEA terbesar di Asia Tenggara beroperasi hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepengunaan Negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong ketika sesi bergambar pada Perasmian Pembukaan IKEA Tebrau di IKEA Tebrau Johor Bahru hari ini. - Foto Bernama
IKEA, peruncit perabot terbesar di dunia telah membuka cawangan pertamanya di luar kawasan Lembah Klang iaitu IKEA Tebrau di sini hari ini.
Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir pada hari pertama pembukaan hari ini.
Pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman beli-belah barang keperluan rumah di gedung IKEA terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai keluasan 46,713 meter persegi yang mempunyai 54 bilik pameran berinspirasikan ala Sweden.
Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara, Mike King berkata pembukaan IKEA di Johor akan mewujudkan lebih banyak pesaingan antara pengeluar barangan kelengkapan rumah.
“Jika anda lihat gedung ini pada hari ini, kami telah menaikkan taraf barangan kelengkapan rumah di Johor.
“Kami sungguh bangga dengan rupa gedung ini,” jelas beliau.
Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa terdapat pelbagai tawaran edisi terhad dan aktiviti di kedai untuk seluruh ahli keluarga sempena pembukaan.
Bagi memastikan kunjungan lebih lancar, IKEA Tebrau turut dilengkapi dengan tempat letak kereta di dalam dan luar bangunan sebanyak 1,771 petak.
IKEA Tebrau dibuka pada 10 pagi hingga 10 malam pada Ahad hingga Khamis dan berlarutan hingga 11 malam ppada Jumaat dan Sabtu serta cuti umum.
Topic Berkaitan
#Asia Tenggara
#Ikea
#Johor
#Malaysia
#Mike King
#Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara
#Tebrau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan