awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2024
14:45 MYT
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
Khairil Anuar berkata, pembayaran dividen dilakukan sebaik sahaja tamatnya MAPT pada Ahad dan para anggota boleh membuat semakan akaun simpanan melalui aplikasi HELOCBP. - Gambar fail/CBP
KUALA LUMPUR: Co-opbank Pertama Malaysia Berhad (CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, pembayaran dividen telah dilakukan sebaik sahaja tamatnya Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) pada Ahad dan para anggota boleh membuat semakan akaun simpanan melalui aplikasi HELOCBP.
"Pengumuman kadar dividen bersih bagi tahun 2023 ini melibatkan agihan peruntukan sebanyak RM63.97 juta yang akan memberi manfaat kepada 93,798 anggota CBP dan pemegang syer yang layak.
"Dengan prestasi yang cemerlang ini, CBP berada di landasan yang tepat seperti Pelan Perancangan Strategik 5 Tahun 2022–26 dan CBP dalam perancangan untuk menerbitkan sukuk bagi menyokong pertumbuhan dan pengembangan perniagaan yang pesat," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu kata Khairil Anuar, perancangan CBP pada peringkat seterusnya dalam pelan strategik adalah untuk memberi tumpuan kepada pertumbuhan bukan organik dan pengembangan dalam perkhidmatan digital.
Dalam masa yang sama atas permintaan yang tinggi ujarnya, langganan syer CBP bagi penambahan atau permohonan baharu kini dibuka semula kepada semua yang layak (maksimum RM5 juta bagi individu dan 20 peratus dari jumlah syer CBP bagi koperasi) bermula 1 Julai 2024 sehingga 31 Disember 2024.
"Selain daripada itu CBP juga turut dalam perancangan bagi membuka semula bagi langganan Syer Keutamaan (iRCPS) seperti sebelum ini sebahagian daripada pelan pengurusan modal CBP," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Organik
#CBP
#dividen
#iRCPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan