KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope telah meletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.
Pharmaniaga dalam satu kenyataan berkata Zulkarnain keluar untuk peluang lain.
"Beliau telah berkhidmat dengan Pharmaniaga sejak September 2020 dan sepanjang tempoh perkhidmatannya, syarikat telah mencapai pertumbuhan perniagaan yang ketara di pasaran swasta Malaysia serta operasi di Indonesia.
"Lembaga pengarah mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam usaha masa depannya," katanya.
Dalam tempoh interim ini, Lembaga Pengarah telah membentuk Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang dipengerusikan oleh Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff, dengan penyertaan pihak Pengurusan seperti Timbalan CEO Zulkifli Jafar, Ketua Pegawai Operasi Mohamed Iqbal Abdul Rahman serta Ketua Pegawai Kewangan Norai'ni Mohamed Ali.
"Exco akan mengambil alih tanggungjawab dan melaksanakan fungsi CEO.
"Exco memberi jaminan bahawa ia adalah perniagaan seperti biasa bagi Pharmaniaga dan semua aktiviti operasi perniagaan konsesi dengan Kementerian Kesihatan (MoH) dan perniagaan bukan konsesi dengan MoH, kementerian lain serta sektor swasta akan kekal utuh dan tidak terganggu," katanya.
Exco juga akan memberi tumpuan kepada penyediaan Pelan Regularisasi PN17 yang akan diselia oleh Pasukan Petugas Lembaga Pengarah PN17 yang baru ditubuh dan dipengerusikan oleh Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Pharmaniaga Datuk Lim Thean Shiang.
Pharmaniaga adalah sayap perniagaan farmaseutikal untuk Kumpulan Boustead Holdings Berhad dan bersama-sama Lembaga Tabung Angkatan Tentera, merupakan pemegang-pemegang saham utama syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Zulkarnain berkhidmat dengan Pharmaniaga sejak September 2020 dan sepanjang tempoh perkhidmatannya, syarikat telah mencapai pertumbuhan perniagaan yang ketara di pasaran swasta Malaysia serta operasi di Indonesia. - Gambar fail

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

CEO Pharmaniaga letak jawatan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope telah meletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.

Pharmaniaga mulakan program penyahkarbonan
Antara inisiatif utama pihaknya adalah penggunaan kenderaan elektrik bagi penghantaran ubat-ubatan ke hospital dan klinik kerajaan.

Mangsa kebakaran terima sumbangan rumah dari Pharmaniaga, UAC
Projek pembinaan rumah yang menelan belanja RM80,000 itu dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

Banjir: Pharmaniaga sumbang bantuan kecemasan, perubatan dan sukarelawan
Pharmaniaga turut mengerahkan 230 sukarelawan dalam kalangan pekerjanya bagi membersihkan rumah dan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Hulu Langat, Puchong dan Shah Alam.

Pharmaniaga bekal 6 juta dos vaksin Sinovac tambahan buat KKM
Pharmaniaga yakin bekalan tambahan itu dapat diberikan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Pharmaniaga urus logistik, pengedaran vaksin AstraZeneca
PLSB telah dipilih dalam tender terbuka Kementerian Kesihatan kerana memiliki infrastruktur, kemudahan dan kemampuan dengan lebih 26 tahun rekod prestasi menguruskan vaksin.

Pharmaniaga sedia tingkat pengeluaran vaksin Sinovac kepada 4 juta dos sebulan
Langkah itu bagi membantu kerajaan mempercepat program vaksinasi dan mencapai imuniti kelompok.

Pharmaniaga akan bekal 12 juta dos vaksin COVID-19 kepada kerajaan
Pharmaniaga menjangka menerima bekalan pertama CoronaVac daripada Sinovac dari China bulan depan dan vaksin itu akan tersedia kepada rakyat Malaysia pada akhir Mac atau awal April.

Pharmaniaga akan keluarkan vaksin COVID-19 Sinovac bermula Mac 2021
Pharmaniaga Bhd memiliki kapasiti untuk mengeluarkan dua juta dos vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Sinovac Life Sciences Co Ltd dari China setiap bulan bermula Mac tahun ini.

Pharmaniaga lantik Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan
Zulkarnain memulakan kerjaya pada 1991 sebagai jurutera elektrik dengan TNB sebelum menyertai EPE Power Corporation Bhd sebagai pengurus projek.