awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Coca-cola yakin dengan prospek jangka panjang perniagaan di Malaysia

Bernama
Bernama
30/12/2022
21:00 MYT
Coca-cola yakin dengan prospek jangka panjang perniagaan di Malaysia
CCBM telah melabur sebanyak RM1.3 bilion secara terkumpul dalam membina hab pengedaran bertaraf dunia di Taman Halal di Bandar Enstek, Negeri Sembilan, dan menyokong ekonomi Malaysia. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: The Coca-Cola Bottlers Malaysia (CCBM), cabang pembotolan The Coca-Cola Company, terus yakin dengan prospek jangka panjang perniagaannya serta ekonomi Malaysia dan berhasrat untuk mengukuhkan lagi komitmennya kepada masyarakat di negara ini.
Ketua pegawai eksekutif Bottling Investments Group bagi Singapura, Malaysia dan Brunei, Louis Balat berkata daripada inisiatif kitar semula menerusi banyak perkongsian dan menyediakan akses air bersih kepada lebih daripada 22,000 penduduk kampung di kawasan pedalaman di Sabah hinggalah kepada program memperkasakan wanita dari segi ekonomi, syarikat itu komited untuk membangunkan masyarakat mampan di Malaysia.
"Kami mahu terus melabur di negara ini, dalam tenaga kerja tempatan, inovasi dan teknologi, merealisasikan visi 'World Without Waste' kami dan membantu masyarakat tempatan," katanya dalam satu kenyataan.
Balat berkata, syarikat itu juga akan terus membuat pelaburan besar dalam prasarana untuk membina jenama yang lebih kukuh dan menyokong komitmennya kepada Malaysia.
Setakat ini, CCBM telah melabur sebanyak RM1.3 bilion secara terkumpul dalam membina hab pengedaran bertaraf dunia di Taman Halal di Bandar Enstek, Negeri Sembilan, dan menyokong ekonomi Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada pertumbuhan syarikat, beliau berkata, sebanyak RM500 juta daripada pelaburan itu diperuntukkan kepada pengembangan kilang dan gudang sistem dapatan semula storan automasi (ASRS) canggih, melipatgandakan kapasiti penyimpanan tapak kilangnya dan melaksanakan pembuatan mampan.
"Gudang ASRS adalah pelaburan penting dalam pembuatan mampan bagi CCBM untuk menyokong pertumbuhan kuantiti, meningkatkan kecekapan operasi kami dalam seluruh rantaian bekalan dan mengurangkan impak alam sekitar dengan mengurangkan penggunaan tenaga menerusi automasi dan ia merupakan langkah penting dalam membantu kesiapsiagaan operasi kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan
#Malaysia
#Coca-Cola
#The Coca-Cola Bottlers Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan