awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Continental tutup kilang di Alor Setar akhir tahun ini, 950 pekerja terjejas

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2025
11:34 MYT
Continental tutup kilang di Alor Setar akhir tahun ini, 950 pekerja terjejas
Syarikat akan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya dan meneroka peluang pekerjaan untuk pekerja yang terjejas.
KUALA LUMPUR: Continental akan menghentikan operasi pengeluaran tayar di kilangnya di Alor Setar, menjelang akhir tahun ini, dengan seramai 950 pekerja terjejas akibat langkah berkenaan.

Ringkasan AI
  • Continental akan menghentikan operasi pengeluaran tayar di kilangnya di Alor Setar menjelang akhir tahun ini, menjejaskan 950 pekerja.
  • Syarikat akan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya dan meneroka peluang pekerjaan untuk pekerja yang terjejas.
  • Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Continental di rantau Asia Pasifik, dengan syarikat menegaskan komitmennya kepada pelanggan dan rakan kongsi di negara ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, keputusan untuk menutup kilang Alor Setar dibuat selepas kajian perniagaan menyeluruh untuk memastikan daya saing dan prestasi perniagaan syarikat di rantau Asia Pasifik.
"Continental berusaha mengoptimumkan portfolio produk tempatan dan jejak pengeluarannya mengikut permintaan pelanggan yang berubah.
"Keutamaan syarikat adalah untuk menyokong pekerja yang terjejas dengan menyediakan bantuan seperti kaunseling kerjaya dan meneroka peluang pekerjaan di dalam dan luar Continental," kata kenyataan itu.
Kilang berkenaan menghasilkan tayar untuk kereta penumpang, trak ringan, dan motosikal bagi pasaran Asia Pasifik.
Mengulas lanjut, Continental berkata, Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Continental di rantau Asia Pasifik.
"Syarikat ini menegaskan komitmennya kepada pelanggan dan rakan kongsi di Malaysia, dengan menekankan bahawa hubungan jangka panjang dan kepercayaan tetap menjadi teras perniagaannya di negara ini.
"Rantau Asia Pasifik adalah kawasan pertumbuhan strategik bagi Continental. Dengan rangkaian pengeluaran tayar yang kukuh, syarikat ini melayani pelanggan penggantian dan pelanggan peralatan asal.
"Kilang pengeluaran tayar terletak di Hefei (China), Rayong (Thailand), Modipuram (India), Kalutara (Sri Lanka), dan Petaling Jaya (Malaysia)," katanya.
Kilang tayar di Alor Setar mula beroperasi pada 20 Disember 1979 dan sejak Mei 2012 menjadi anak syarikat milik penuh Continental. Kilang ini meliputi kawasan seluas kira-kira 133,000 meter persegi.
Topic Berkaitan
#continental
#kilang tayar
#Alor Setar
#tutup kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan