awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ekonomi negara 'sakit', 100,000 peruncit bakal gulung tikar - SME Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2020
21:00 MYT
COVID-19: Ekonomi negara 'sakit', 100,000 peruncit bakal gulung tikar - SME Malaysia
MICHAEL KANG: Ekonomi negara kita 'sakit'. Apa kata kita tumpukan agenda yang lebih penting? -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dianggarkan kira-kira 50,000 hingga 100,00 peruncit di Lembah Klang terpaksa gulung tikar sekiranya wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini berterusan untuk tiga bulan lagi.
Presiden Persatuan SME Malaysia, Datuk Michael Kang berkata ia bakal menyaksikan kerugian sehingga RM400 juta.
Jumlah itu katanya belum lagi dikira peruncit di seluruh negara.
Ekoran itu beliau menggesa ahli politik supaya mengetepikan agenda masing-masing untuk kepentingan sendiri yang akhirnya dilihat hanya menyusahkan rakyat.
"Kerajaan seharusnya lock down semua aktiviti politik buat sementara dan tumpukan kepada agenda memulihkan COVID-19 dan pembangunan ekonomi negara.
"Ekonomi negara kita 'sakit'. Apa kata kita tumpukan agenda yang lebih penting?" katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Mengulas lanjut, peruncit terutamanya yang berniaga di pusat beli belah melalui detik 'perit' ekoran peningkatan kes COVID-19 secara mendadak sejak kebelakangan ini.
Sebanyak 871 kes positif COVID-19 dicatatkan pada Ahad, jumlah tertinggi dicatatkan setakat ini mengatasi rekod dicatatkan pada Sabtu sebanyak 869 kes.
BACA: 871 kes baharu COVID-19, tertinggi dalam sejarah
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pembangunan ekonomi
#agenda politik
#SME
#gulung tikar
#michael kang
#kes positif
#lock down
#Persatuan SME Malaysia
#peruncit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan