Skip to main content

Dunia

China lanjutkan tempoh maksimum tinggal bagi pemegang Kad APEC kepada 90 hari

Keputusan melanjutkan tempoh maksimum tinggal yang dibenarkan bagi pemegang Kad APEC dilaporkan bertujuan memudahkan perjalanan urusan perniagaan di rantau Asia Pasifik. - REUTERS
Keputusan melanjutkan tempoh maksimum tinggal yang dibenarkan bagi pemegang Kad APEC dilaporkan bertujuan memudahkan perjalanan urusan perniagaan di rantau Asia Pasifik. - REUTERS

Advertisement

Advertisement

MOSCOW: China akan melanjutkan tempoh maksimum tinggal yang dibenarkan bagi pemegang Kad Perjalanan Perniagaan APEC daripada 60 kepada 90 hari mulai 1 Nov, menurut Televisyen Pusat China (CCTV), lapor Sputnik/RIA Novosti pada Jumaat.

Kad APEC merupakan dokumen perjalanan antarabangsa yang menggantikan visa dan membolehkan pemegangnya mengunjungi 18 negara di rantau Asia Pasifik.

Keputusan itu dilaporkan bertujuan memudahkan perjalanan urusan perniagaan di rantau Asia Pasifik.

Advertisement

Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijadualkan berlangsung di Shenzhen, China, dari 18 hingga 19 Nov.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement