awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CPTPP: Malaysia komited laksanakannya - Tengku Zafrul

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
05/01/2023
02:50 MYT
CPTPP: Malaysia komited laksanakannya - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menegaskan Malaysia tidak akan menilai semula CPTPP, sebaliknya komited untuk melaksanakannya. - Foto fail/JAPEN
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan menilai semula Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang telah diratifikasi tahun lalu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebaliknya menegaskan kerajaan baharu ini komited untuk melaksanakannya.
"Saya berpeluang membentangkan CPTPP kepada Kabinet baru-baru ini dan kami (Kabinet) mengulangi komitmen kami terhadap apa yang telah dilaksanakan.
"Memang terdapat beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak, namun telah menangani perkara itu dan banyak tindakan telah diambil oleh kementerian dan kerajaan untuk menanganinya.
"Jadi kami sangat komited untuk menyertai CPTPP," katanya dalam temu bual eksklusif saluran berita CNBC pada Khamis.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menandatangani semua dokumen pentadbiran yang diperlukan untuk memastikan eksport dan import dapat diteruskan di bawah perjanjian tersebut.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#CPTPP
#MITI
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan