awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Counter setting': Tiga pegawai imigresen, peniaga kedai makan didakwa
[TERKINI] Bekas PTD dan isteri dituduh Khamis ini, bekas PAT pula pada Jumaat
JKM Selangor siasat aduan taska tidak ikut SOP, dera kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

CPTPP UK-Malaysia buka peluang kepada PKS tembusi pasaran di UK - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
12/07/2025
06:00 MYT
CPTPP UK-Malaysia buka peluang kepada PKS tembusi pasaran di UK - Tengku Zafrul
Zafrul dan David Lammy berbincang untuk menggerakkan kerjasama ekonomi. - Foto X Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pertama antara United Kingdom (UK) dan Malaysia dijangka membuka peluang yang luas kepada pengeksport Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menembusi pasaran UK.

Ringkasan AI
  • CPTPP antara Malaysia dan UK dijangka memanfaatkan pengeksport, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), untuk memasuki pasaran UK.
  • Zafrul dan David Lammy berbincang untuk menggerakkan kerjasama ekonomi, manakala lawatan Lammy kepada PM Anwar memperkukuh hubungan strategik dua hala.
  • Malaysia menyambut baik kerjasama dalam bidang pelaburan, tenaga, pendidikan, iklim, pertahanan, digitalisasi dan kecerdasan buatan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perkara itu antara yang dibincangkan semasa pertemuannya dengan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Komanwel UK David Lammy, baru-baru ini.
"Bersama kita pacu pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan dan inovatif," katanya menerusi hantaran di platform X hari ini.
UK di Malaysia: Memperkukuh Jalinan Ekonomi dan Inovasi! Antara fokus perbincangan dengan Right Honourable David Lammy, Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Komanwel United Kingdom ialah kepentingan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian pic.twitter.com/3x1AyHke6u
— Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) July 12, 2025
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Lammy untuk memperkukuh hubungan dua hala yang kini telah dinaik taraf kepada perkongsian strategik sejak pertemuan dengan Perdana Menteri UK Keir Starmer pada Januari lepas.
Menerusi platform X, Anwar berkata Malaysia mengalu-alukan kerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk pelaburan, peralihan tenaga, pendidikan, perubahan iklim, pertahanan, digitalisasi dan kecerdasan buatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CPTPP
#Tengku Zafrul
#Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Komanwel UK
#David Lammy
#Perkongsian Trans-Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan