KUALA LUMPUR: Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) menawarkan produk pelaburan Private Mandate khusus untuk golongan M40 dan B40 di negara ini.
Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Bebas IPAM, Datuk Dr Nazri Khan (DDNK) memaklumkan tawaran pelaburan dibuka bermula serendah RM50,000 sahaja berbanding RM1 juta yang ditawarkan oleh Pengurusan Aset yang lain.
"Jadi kita berbeza. Produk yang kita bawa ni lain dari yang lain. Khas untuk mak cik-mak cik atau pak cik-pak cik, B40, M40, yang mana mereka boleh melabur serendah RM50,000, dan melalui duit itu boleh beli saham-saham besar di Amerika Syarikat," katanya.
DDNK berkata demikian dalam sidang media khas Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd Market Outlook 2024 di Hotel Berjaya Times Square pada Selasa.
Dalam pada itu, DDNK turut berkongsi prestasi pulangan memberangsangkan Private Mandate kendaliannya setakat 30 November lalu iaitu 71.75 peratus bagi dana Super Aggressive diikuti Ultra Conservative (49.96 peratus), Conservative (48.08 peratus) dan Aggressive (41.96 peratus).
Bagi segmen Dana Borong kendalian IPAM pula, produk Interpac Dana Ghani mencatatkan pulangan sebanyak 111.68 peratus setakat 30 November lalu manakala Interpac Dana Abadi merekodkan pulangan 55.46 peratus.
Kesemua maklumat adalah daripada analisis yang dilakukan oleh Lipper Analytics dan Novagni Sdn Bhd.
Tambah DDNK, AI ini akan bertindak sebagai penasihat ekonomi peribadi dan kebolehannya telah diuji oleh pasukannya dan dijangka AI ini akan menjadi lebih baik daripada masa ke semasa.
“Kita boleh gunakan AI untuk rujuk tentang ekonomi, AI dan akan beritahu strategi yang tepat untuk dilaksanakan," katanya.
Sementara itu, DDNK turut menasihatkan para pelabur agar tidak terpedaya dengan sindiket pelaburan tidak sah atau penipuan dalam talian yang menggunakan nama, gambar serta video beliau.
Para pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Salinan Prospektus, Prospektus Tambahan, Lembaran Sorotan Produk (Product Highlights Sheet - PHS), Memorandum Maklumat (Information Memorandum), dan Perjanjian Mandat Persendirian (Private Mandate Agreement) yang berkaitan sebelum melabur.
Antaranya, para pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj yang terlibat. Prestasi dana yang lalu bukan petunjuk prestasi masa depan dan pengagihan pendapatan adalah tidak dijamin.
"Para pelabur perlu membuat penilaian sendiri tentang kelebihan dan risiko pelaburan. Jika ragu, pelabur perlu mencari nasihat profesional," katanya.
Astro Awani
Tue Dec 19 2023

(Dari kiri) Heddy, Nazri dan Nur Azman ketika melancarkan buku terbaharu tulisan Nazri bertajuk 'Autopilot Millionaire' khas untuk para pelabur dengan pendekatan pelaburan terkini. -Astro AWANI

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

KUSKOP dalam proses gubal akta baharu perkasa koperasi tempatan - Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata kemeteriannya kini dalam proses menggubal akta koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 (Akta 502).

Parlimen Belia: Sesi libat urus bersama universiti akan diadakan
Parlimen Malaysia akan mengadakan sesi libat urus bersama universiti awam dan swasta di seluruh negara bagi membincangkan pelaksanaan format baharu Parlimen Belia.

Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan selepas peroleh semula daya saing
Harga minyak sawit dijangka kekal pada RM3,900 setan dalam beberapa minggu akan datang, disokong oleh pemulihan harga minyak kacang soya yang meningkatkan daya saing harga minyak sawit.

Keadaan kemanusiaan paling teruk di Gaza ketika sekatan bantuan melebihi 50 hari - PBB
Pejabat Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza kini berada pada tahap paling kritikal sejak perang bermula.

Syarikat besar disaran beralih guna tenaga solar - Nik Nazmi
Syarikat-syarikat besar perlu menyokong usaha negara mencapai sasaran 70 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050.

Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah berikutan dagangan hambar
Indeks penanda aras Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah di bawah paras 1,500 pada Isnin apabila pelabur menyeimbangkan antara ketidaktentuan global yang berterusan.

Duta Besar China ke AS gesa hentikan perang dagang, namun beri amaran Beijing sedia melawan
Xie Feng menggesa Washington menghentikan perang dagang dan mencari titik persamaan, namun beliau berkata Beijing bersedia untuk melawan.

Fitch turunkan unjuran pertumbuhan global dalam persekitaran perang dagang
Fitch Ratings menurunkan unjuran pertumbuhan global bagi 2025 dengan ketara sebanyak 0.4 mata peratusan (pp), manakala unjuran bagi China dan Amerika Syarikat (AS) dikurangkan sebanyak 0.5.

Tarif AS: Putuskan hubungan dengan China akan puaskan AS, mustahil dilakukan Malaysia - Penganalisis
Tidak banyak tawaran yang boleh dibuat oleh Malaysia kepada Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan mengenai tarif kerana hakikatnya Malaysia tidak mengenakan tarif kepada negara tersebut.

Malaysia, China tingkat kerjasama di bawah kerangka PBB, WTO dan WHO
Kedua-dua negara akan mempromosikan globalisasi ekonomi yang inklusif dan menolak sekatan perdagangan unilateral.

Johor catat pelaburan RM27.4 bilion suku pertama 2025
Pencapaian itu membuktikan kesungguhan semua pihak dalam menjadikan Johor sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini.

Kerajaan pertimbang pembinaan lorong motosikal di lebuh raya baharu - Nanta
Walaupun infrastruktur itu memerlukan pelaburan tambahan, namun ia langkah perlu untuk tangani kadar kemalangan motosikal yang tinggi di negara ini.

NCER catat pelaburan direalisasikan RM42.76 bilion di Pulau Pinang pada 2024
Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion.

Bursa Malaysia teruskan kenaikan disokong sentimen positif
Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup lebih tinggi hari ini berikutan sentimen pelabur yang bertambah baik seiring dengan prestasi pasaran serantau yang memberangsangkan.