DHL Express mengumumkan pelarasan kadar purata tahunan sebanyak 4.9% di Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2016.

Menurut syarikat logistik tersebut peningkatan harga membolehkan ia terus melabur dalam rangkaian masa antarabangsa, dan mengekalkan kualiti perkhidmatan.

"Kami akan meneruskan pelaburan di Asia Barat dan Afrika, yang tidak mempunyai rangkaian, selain menambah pesawat kargo, terutama bagi mengukuhkan sambungan antara benua," kata Ken Allen, Ketua Pegawai Eksekutif DHL Ekspress.

DHL Express menyelaras kadar setiap tahun, dengan mengambil kira inflasi dan kos lain yang meningkat.

Menurut DHL, pelarasan harga berbeza di setiap negara dan bergantung kepada kedudukan setempat.

Pelarasan terpakai ke atas semua pelanggan berdasarkan kontrak.

DHL sebelum ini mengumumkan pelaburan utama pada 2015 termasuk hab baharu di Brussels, Belgium dan Singapura.

Pelaburan turut diperluas ke hab Amerika di Cincinnati, Amerika Syarikat.