awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekonomi MADANI martabatkan keadilan sosial, tiada rakyat akan tersisih - Amir Hamzah

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/10/2024
14:41 MYT
Ekonomi MADANI martabatkan keadilan sosial, tiada rakyat akan tersisih - Amir Hamzah
Amir Hamzah percaya rangka kerja Ekonomi MADANI yang direka untuk meningkatkan peluang ekonomi dan taraf hidup dapat menawarkan asas kukuh dalam memacu pertumbuhan mampan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Forum Khazanah Megatrends 2024 (KMF 2024) menekankan penyelesaian bagi menangani landskap global dalam suasana ekonomi tidak menentu dan ketegangan geopolitik.
Menurut Menteri Kewangan ll Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, salah satu langkah penyelesaian adalah mewujudkan ekonomi berteraskan rakyat agar pertumbuhan negara tidak menindas keadilan sosial.
“Oleh itu, saya percaya bahawa rangka kerja Ekonomi MADANI yang direka untuk meningkatkan peluang ekonomi dan taraf hidup dapat menawarkan asas kukuh dalam memacu pertumbuhan mampan.
“Ia merangkumi inisiatif untuk membuka ruang ekonomi baru dan memastikan semua rakyat Malaysia mendapat manfaat. Rangka kerja ini menyediakan peluang untuk munculnya penyelesaian inovatif yang berpotensi tinggi.
“Keberhasilan penyelesaian ini bergantung kepada keupayaan kita untuk bekerjasama merentas sektor dan menyatukan usaha untuk sepenuhnya memanfaatkan segala potensi yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap semasa Majlis Penutup KMF 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.
Mengulas mengenai kerangka Ekonomi Madani, beliau menyifatkannya kini menuju ke arah positif seiring Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang menunjukkan pertumbuhan inklusif serta pengagihan adil.
Katanya, matlamat pembangunan sosioekonomi Malaysia dari 2021 hingga 2025 itu turut membawa hala tuju negara untuk membasmi kemiskinan serta mengurangkan ketidaksamaan antara kawasan luar bandar dan bandar.
Amir Hamzah juga berharap pentas KMF 2024 membuka mata semua pihak bahawa kerjasama kerajaan dengan pelbagai pihak berkaitan melalui penyelesaian bersifat inovatif mampu membawa ekonomi negara ke tahap yang lebih baik.
Topic Berkaitan
#KMF 2024
#Khazanah
#Amir Hamzah Azizan
#ekonomi madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan