KUALA LUMPUR: Rencana dasar Ekonomi Madani perlu dilaksanakan dengan tekad untuk membebaskan Malaysia daripada perangkap negara berpendapatan sederhana dan seterusnya menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berkata ekonomi Malaysia berada di persimpangan dan dasar ekonomi serta kewangan hari ini bakal menentukan hala tuju dan trajektori pembangunan negara pada masa hadapan.
"Jurang antara golongan yang kaya dan miskin semakin meluas, dan ia perlu ditangani dan diimbangi dengan pembangunan sebuah masyarakat yang inklusif, adil, saksama, dan mengekalkan integriti sosial," katanya semasa berucap pada Majlis Jalinan Kerjasama iTekad, di sini, semalam.
Abdul Rasheed berkata sektor kewangan berperanan penting sebagai pemangkin pertumbuhan sesebuah ekonomi.
"Sektor kewangan menjadi pengantara antara mereka yang berpendapatan lebih dengan mereka yang memerlukan dana, menyediakan modal dan kredit kepada ekonomi, memudahkan pelbagai jenis transaksi kewangan dan memungkinkan pengurusan risiko melalui pelbagai instrumen dan juga produk.
"Hasrat BNM adalah untuk membangunkan sektor kewangan yang progresif, teguh, telus dan bertanggungjawab serta mampu menyumbang kepada kemajuan yang lebih adil, setara, bermakna dan inklusif buat rakyat negara ini," katanya.
Mengenai iTekad, beliau berkata, program itu dibangunkan dengan mengetengahkan kewangan sosial sebagai komponen penting dalam ekosistem kewangan di Malaysia untuk memangkin pembangunan sosioekonomi yang lebih seimbang.
Menurutnya, kewangan sosial memberikan penekanan untuk mencipta impak sosial yang positif selain daripada pulangan kewangan.
Abdul Rasheed berkata, sejak dilancarkan pada 2022, inisiatif iTekad telah menggerakkan lebih RM40 juta dana kewangan sosial setakat ini melibatkan 11 institusi kewangan, lebih 50 rakan pelaksana dan memberi manfaat yang ketara kepada lebih 3,000 peserta.
Katanya, ini termasuk peningkatan dalam pertumbuhan perniagaan, kemampuan menggaji pekerja, perniagaan yang lebih berdaya tahan dan dapat memanfaatkan teknologi dalam perniagaan.
"Kewangan sosial mampu memberi satu dimensi baharu pembangunan sosio-ekonomi rakyat dengan menerapkan prinsip-prinsip sistem kewangan yang inklusif, mempertimbang impak jangka panjang serta menyatupadukan semua pihak berkepentingan.
"Bank Negara kekal komited untuk mengetengahkan kewangan sosial dalam ekosistem kewangan Malaysia, termasuk menerajui perkembangan program iTekad seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023
Abdul Rasheed berucap pada Majlis Jalinan Kerjasama iTekad di Sasana Kijang, Kuala Lumpur, 22 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.